Tindakan Miley Cyrus kelihatan akrab dan mesra bersama Pete Davidson nampaknya membuat seseorang telah cemburu.

Dan orang tersebut adalah kekasihnya, Kim Kardashian. Entah terlalu cemburu atau menyampah, Kim dikatakan tidak lagi mengikuti akaun Instagram Cyrus.

Menurut laporan Daily Mail UK, Kim berpendapat Cyrus cuba menggoda kekasihnya itu sewaktu keduanya muncul dalam acara pesta Tahun Baru.

Waktu itu, Cyrus bercakap tentang saiz alat sulit Davidson secara berseloroh. Tidak cukup dengan itu, Cyrus mengatakan dia sentiasa bersedia untuk ‘bersama’ Davidson lantaran saiz alat sulitnya yang besar.

Sebelumnya, Cyrus sempat memuat naik foto dirinya memeluk Davidson dengan dia berpakaian seksi.

Seorang netizen yang juga merupakan peminat Cyrus kemudian menyedari Kim sebenarnya telah tidak mengikuti akaun Instagram penyanyi berusia 29 tahun itu sejak 10 Disember lalu, bukannya baru baru ini.

Biarpun gosip mengenai sedang bertebaran, namun Kim, 41, masih belum memberi sebarang respon. Mantan isteri Kanye West itu kini dikatakan sedang bercuti dengan Davidson di Bahamas.

Kredit Foto: DailyMail UK
Instagram: @kimkardashian