Laman Utama
Cermin Almari Pecah, Isteri Trauma Lihat Tangan Tajul Tersusuk Kaca - “Ya Allah Koyak Betul I Tengok Macam Tu…”
Malang tidak berbau… itu yang terjadi kepada penyanyi Tajuk apabila dia mengalami cedera parah di bahagian tangan kanan selepas terkena kaca almari baju yang tiba-tiba pecah pada semalam.
Isteri Tajul iaitu Nurul Shamieza menerusi Instastory mengakui dia menjadi trauma melihat keadaan suaminya yang menahan kesakitan ketika terlantar atas katil dan pengsan beberapa kali.
“You jarang sakit, biasa paling teruk pun demam saja sehari dua hari saja. Hari ini tengok you terlantar atas katil, kena tolak OT room, pengsan banyak kali semalam, tahan sakit.
“Ya Allah koyak betul I tengok macam tu, trauma I dari semalam tak dapat tidur. Asyik menangis-nangis saja fikirkan apa yang jadi depan mata.
“Sayang I kuat kan, nanti kita balik I jaga you pula ok. You selalu jaga I pantang, kali ini giliran I pula. Cepat sihat tau kita nak balik jumpa anak-anak kita, diorang tengah tunggu you tu,” kongsinya.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika Tajul menarik gelongsor almari yang mempunyai cermin di bahagian luar sebelum ia tiba-tiba pecah dan kacanya tersusuk ke bahagian tangannya.
Penyanyi berusia 24 tahun itu terus dikejarkan ke unit kecemasan di pusat perubatan di Kajang selepas pengsan beberapa kali.
Menurut Shamieza lagi, dia terpaksa meminta jiran sebelah rumah untuk menjaga dua orang anak mereka sementara menghantar Tajul ke hospital.
“SemaIam sebelum hantar Tajul pergi hospital, Carissa sempat cakap daddy sakit ke? Banyak kali dia panggil tapi mommy terpaksa tinggal dengan jiran sebelah kejap.
“Terima kasih kak jaga budak-budak kejap semalam,” katanya.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Must-Watch Video