Pelakon Chacha Maembong akhirnya membuka mulut selepas beberapa hari namanya hangat terseret sama dalam 'plot cerita' Macau Scam yang membabitkan beberapa artis di Malaysia.
Melalui kenyataan yang diberi di akaun Instagramnya, @chacha_maembong, gadis itu memberi penjelasan tentang hubungannya dengan individu kononnya berpangkat Datuk dan wanita bernama 'Datin Alya' serta kaitannya dengan aktiviti Macau Scam serta perjudian Online.
Menurut Chacha, segala pertuduhan yang dikeluarkan oleh orang tidak bertanggungjawab di media sosial sejak beberapa hari lalu adalah sebuah fitnah buat dirinya.
Dia juga tak teragak agak untuk mengambil tindakan guaman kerana reputasi dan perniagaannya terjejas.
Adik Emma Maembong itu mengatakan akibat daripada fitnah tak bertanggungjawab itu, reputasi serta perniagaan Elysyle Cmsecrets yang dijalankan terjejas.
"Baru baru ini saya telah mendapat tahu bahawa terdapat beberapa individu dalam media sosial yang mengeluarkan kenyataan fitnah dan tidak benar terhadap saya.
"Bahawa saya memulakan perniagaan kononnya dengan dana yang diperolehi daripada individu yang kononnya dikenali sebagai Dato Zaidi Kanapiah dan saya terlibat dalam aktiviti Macam Scam dan juga perjudian online.
"Akibat daripada kenyataan yang dibuat beberapa penama ini, saya telah mendapat kecaman di media sosial dan ini telah menjejaskan reputasi saya dan menjejaskan perniagaan saya," tulis Chacha di Instagramnya beberapa jam tadi.
Gadis berusia 24 tahun itu juga dengan sekerasnya menafikan sudah mengenali individu berpangkat Datuk itu, apa lagi pernah bertemu dan berhubung dengannya.
Sehubungan itu, dengan tegas dia mengatakan sumber atau dana perniagaannya adalah hasil dari titik peluh sendiri.
"Saya ingin menegaskan bahawa sumber dana perniagaan saya merupakan hasil titik peluh saya. Untuk makluman, produk keluaran sata adalah kerjasama dengan sebuah syarikat ternama di Malaysia dan Asia, tiada kaitan dengan penglibatan dana atau modal dari sumber lain," katanya lagi.
Di kenyataan yang sama, pelakon itu turut menjelaskan tuduhan dirinya berkawan baik dengan individu dikenali sebagai Datin Alya selepas ada pihak yang menyebarkan foto mereka bersama.
"Gambar yang telah tular di media sosial adalah gambar yang diambil sekitar Januari 2017, ketika pertama kali saya bertemu dengannya 'Datin Alya' sebagai kenalan dan bukanlah sebagai rakan karib," jelasnya.
Instagram: @chacha_maembong
Maliah Surip
Sat Oct 17 2020
Tom Takut Disaman, Padam Perkongsian Mengenai Sarah Yasmine - “Mana Nak Cekau Nak Bagi Kat Awak 100K, 300K”
Tom padam perkongsian mengenai Sarah Yasmine.
Ruhainies Mohon Maaf Kepada Bella Astillah, Luah Hasrat Untuk Bertemu - “Saya Mahu Mengajak Sarah Yasmine Juga…”
Semoga dapat selesai dengan baik.
#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini
Istana Gyeongbokgung, istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1935 di Seoul, Korea Selatan, kembali dibuka untuk lawatan malam mulai 8 Mei hingga 2 Jun 2024.
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Netizen Korek Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari, Netizen: “Macam Mana Boleh Downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”
Alamak...
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram Stories tentang kata-kata berkaitan pendosa yang diambil dari Imam Shafi’i. Menerusi hantaran itu, ‘quote’ tersebut menitipkan pesanan tentang bagaimana seorang manusia yang sering berbuat dosa sepatutnya dimaafkan dan tidak sepatutnya dibence. “Sentias
Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini
Pencipta kandungan dan selebriti media sosial, Caprice memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai perancangannya untuk melakukan pendedahan berserta bukti berkaitan satu isu pada malam ini.