Aktres jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta telah memuat naik sebuah kenyataan berbaur sindiran kepada seorang pereka fesyen tempatan di ruangan Instagram (IG) Storynya semalam.

Ekoran perkara itu, pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail menulis kenyataan yang didakwa oleh ramai netizen mempunya kaitan dengan sindiran Che Ta itu.

BACA : "Tak Payah Menyanyi Lah...Macam Tercekik Sudu" - Che Ta Sindir Siapa Tu?

"Indahkan hidup ini kalau tak ada sikap judgemental, semua orang berhak besuara kata itu ini, kalau cakap bab makan pun kita ada pilihan.

"Nak makan pun jangan gelojoh, jangan sampai tercekik pula dengan sudu," tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bahawa isu tersebut merupakan gimik antara Ezuwan dan Che Ta.





Kadang kadang rasa nak down.. kadang kadang macam nak giveup.. Macam nak stop ... macam macam lah rasa ni.. jadi bercampur baur... Saat minat belum teruji terus dihukum itu dan ini... Macam rasa nak pergi jauh tinggalkan semua ini... i wish... Kalau hidup ini ada pilihan... memang nak tinggalkan semua.. atau mungkin dapat rasai nikmat bebas daripada pantas dihukum dan dikecam untuk Semalam Sahaja pun barangkali sudah memadai. Indahkan hidup ini kalau tak ada sikap judgmental.. Iyalah semua orang berhak bersuara kata itu ini.. Kalau cakap bab makan pun kita ada pilihan, nak makan dengan tangan atau guna sudu. Nak makan pun jangan gelojoh kang jangan sampai tercekik pula dengan sudu ? #tercekiksudu #disudukankitawak #semalamsahaja #pasrah

A post shared by Tukang Jahit Termahir MALAYSIA (@ezuwanismail) on