Berita

“Che Ta Tak Pakai Bulu Mata Palsu Nampak Muda Remaja”- Netizen Puji Rozita Che Wan

gempak
Syafiqah Jalal
12/07/2019
09:37 MYT
Sponsor Banner
“Che Ta Tak Pakai Bulu Mata Palsu Nampak Muda Remaja”- Netizen Puji Rozita Che Wan
Rakaman video pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta yang dilihat tampil berbeza iaitu tanpa bulu mata palsu mendapat perhatian netizen.
Video yang diambil bersama anaknya Aaisyah Dhia Rana itu dimuat naik ke akaun Instagram miliknya.
Menerusi video tersebut Che Ta bukan sahaja tidak memakai bulu mata palsu malah solekannya juga lebih nipis dan kurang dari seperti biasa dilihat.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat memuji kecantikan Che Ta dan penampilannya itu yang dilihat lebih muda dari usianya.
“Che Ta tak pakai bulu mata palsu nampak muda remaja,” tulis salah seorang peminatnya di ruangan komen
“Tengok Che Ta tanpa bulu mata palsu, berganda-ganda cantiknya,” kata netizen lain.
“Serius cantik Che Ta natural begini..” puji peminatnya.
Che Ta yang terkenal dengan penampilan berbulu mata palsu itu dikurniakan tiga orang anak termasuk dua orang anak dari perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezra.
Aaisyah merupakan anak hasil dari perkahwinan terkininya dengan pelakon Zain Saidin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024