Laman Utama
Chef Wan Kongsi Tentang Zaman Kanak-Kanak & Tanggungjawab Terhadap Bekas Isteri
Bergelar seorang chef terkemuka, sudah pasti banyak kisah yang terkandung di sebaliknya.
Menerusi program Naura Shares episod ke-16 malam ini, Chef Wan tampil diundang untuk berkongsi pelbagai kisah menarik mengenai dirinya.
Pemilik nama sebenar Redzuawan Ismail ini mendedahkan tentang tanggungjawab menjaga adik-beradiknya sejak usia kecil lagi.
Chef Wan sudah mula membantu ibunya di dapur ketika itu dan membuatkan dia tidak mempunyai masa untuk bersukan seperti rakan-rakannya yang lain.
Namun, kisah itulah yang menjadi faktor wujudnya seorang insan terkenal bernama Chef Wan hari ini.
Selain itu, Chef Wan juga akan berkongsi mengenai perpisahan bersama bekas isteri, meskipun berpisah, dia sudah berjanji untuk tidak bersengketa dan bertanggungjawab terhadap bekas isterinya supaya perpisahan mereka tidak memberi kesan buruk kepada anak-anak.
Nak tahu lebih lagi tentang apa yang dikongsikan Chef Wan? Jangan lupa saksikan Naura Shares malam ini!
Naura Shares yang kini memasuki musim ke-14 ditayangkan setiap Jumaat, jam 9.00 malam di NAURA (saluran 109).
Dihoskan oleh Hana Ismail, Naura Shares musim ke-14 turut menampilkan tetamu jemputan lain seperti Datin Alyah, Ernie Zakrie, Naim Daniel dan ramai lagi.
Must-Watch Video