Datuk Chef Wan pada awal pagi tadi (Khamis) telah memuat naik kenangannya bersama Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.

Posting tersebut dimuat naik Datuk Chef Wan atau Chef Wan sebelum bertolak ke Pekan, Pahang untuk menghadiri majlis pengkebumian Almarhum Sultan Pahang.

“Selamat pagi, bertolak ke Pekan hari ini untuk majlis pengkebumian Almarhum Sultan Pahang.
“Bila melihat gambar ini di ruang tamu saya, teringat Tuanku memujuk saya untuk menerima anugerah ini (anugerah membawa gelaran Datuk).

“Tuanku kata kepada saya, “You always make me laughed watching u on TV. You are such an entertainer and make so many people happy. It’s a gift that not many people have. Kamu dengan bakat memasak boleh pusing satu dunia.

“I thought each time i see u on TV and i told Sultanah Kalsom that this Chef Wan really bring Malaysian name to the world. Seronok melihat kamu berkongsi ilmu memasak dan budaya negara asing and you inspired others to travel and be a chef like you too,” tulisnya.

Kongsinya lagi, selain itu Almarhum Sultan turut memujuknya untuk menerima gelaran Datuk selepas beberapa kali menolaknya.

“I know you have turned down my Datoship several time. Please this time take it ya. I am proud to know that you come from Raub and as orang Pahang u make me very proud Chef Wan.

“Let me honour u this time as jika tidak there might be another time. Saya ini sudah berumur dan saya nak awak dikurniakan Dato Pahang. At least while i am a live i can this moment.

I know u have been honored from the Federal Government with a Datukship but this time is from me for all your jasa-jasa Chef Wan. Ada rezeki di lain masa saya kurnia kan awak Dato Seri pula.
“So please take ya this time,” katanya.

Perkongsian dalam bentuk video tersebut telah ditonton lebih 100 kali dan menerima ratusan komen daripada pengikut.

Rata-ratanya bersetuju dengan Almarhum Sultan Ahmad Shah yang berpendapat Chef Wan sememangnya layak mendapat gelaran Datuk daripada negeri Pahang.
Mereka turut berbangga dengan pencapaian Chef Wan yang telah membawa nama negara ke serata dunia.

Morning! Heading to Pekan this morning for HRH The Sultan of Pahang funeral ceremony. Bila melihat gambar ini in my living room teringat almost 3 years ago apabila Tuanku memujuk saya untuk menerima anugerah ini. Tuanku kata kepada saya " U always make me laughed watching u on TV. U are such an entertainer and make so many people happy. Its a gift that not many people have. Kamu dengan bakat memasak boleh pusing satu dunia. I thought each time i see u on TV and i told Sultanah Kalsom that this CW really bring Malaysian name to the world. Seronok melihat kamu berkongsi ilmu memasak dan budaya negara Asing and u inspired others to travel and be a chef like u too. I know u have turned down my Datoship several time. Please this time take it ya. I am proud to know that u come from Raub and as orang Pahang u make me very proud CW. Let me honour u this time as jika tidak there might be another time. Saya ini sudah berumur dan saya nak awak di kurnia kan Dato Pahang. At least while i am a live i can this moment. I know u have been honored from the Federal Government with a Datukship but this time is from me for all your jasa2 CW. Ada rezeki di lain masa saya kurnia kan awak Dato Seri pula. So please take ya this time. Tuanku Sultanah pula memujuk saya. " Yes CW please accept that as Tuanku sincerely want u to have it" He loved and respected u. Tuanku Sultan said to me again. " Saya nak beri awak DSAP dan bukan DIMP which i normally kurnia kan kepada artist2 In the entertainment world. This Pingat Datoship usually is given to only kerabat2 di Raja and those closest to me. Ini anugerah Datoship class pertama! So in the end saya pun tunduk kepada kemahuan Tuanku. The only reason i didnt want to accept that is because i wanted to give the peluang for others yang juga banyak berjasa untuk menerimanya. To me sudah sekali dianugerah cukup lah. Tetapi melihat kesungguhan Tuanku hati saya pun terbuka ketika itu as i also wanted to see my Tuanku gembira. Pagi ini mengimbas balik detik2 ini selepas solat Subuh dan mendoakan kesejahteraan roh Almarhum really brought years to my eyes plus the golden opportunity to cook for Tuanku too from time to time.

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on

;