HIBURAN
Cheta Potpet Masih Terkejut Bapa Meninggal Dunia, Sotong Masak Cabai Hidangan Terakhir Dijamah - “Sempat Masakkan, Abah Suka Sangat…”
Usahawan kosmetik, Cheta Potpet akui masih terkejut dan terlalu sedih dengan pemergian bapa tersayang di bulan Syawal.
Masih terkejut pemergian bapa
Menurut Cheta, segalanya berlaku dengan pantas dan dia berada dalam keadaan tidak bersedia untuk menerima berita sedih itu.“Abah tidurlah… Allah sayang abah, Allah tak mahu abah sakit lama-lama. Senang sungguh abah pergi tadi abah,” maklumnya menerusi hantaran di Instagram pada Isnin.“Ya Allah Ya Tuhanku… Perginya abah dibulan mulia, tapi sungguh aku terlalu sedih, terkejut dan bukan tidak bersedia tapi terlalu cepat semuanya berlaku.“Tadi abah menghembuskan nafas terakhirnya disisi aku, mak dan adik. Sesungguhnya cukup melemahkan hati jiwa yang meronta menangis tanpa henti dan bersuara kering air mata.
ARTIKEL BERKAITAN:Isteri Ali XPDC Meninggal Dunia - "Arwah 'Pergi' Depan Mata Saya"
ARTIKEL BERKAITAN:Pelakon Filem The Journey, Frankie Lee Sai Peng Meninggal Dunia Di Usia 85 Tahun
ARTIKEL BERKAITAN:Kiah Propa Sebak, Perfume Hadiah Terakhir Untuk Arwah Suami - “Siapa Sangka Esoknya Awak Tinggalkan Saya…”
ARTIKEL BERKAITAN:Nico Meninggal Dunia Dalam Tidur
ARTIKEL BERKAITAN:"Bila Ibu Meninggal, Saya Rasa Tak Ada Tujuan Hidup" - Scha Alyahya
Sotong masak cabai hidangan terakhir dijamah bapa
Bagaimanapun kata Cheta, dia sempat menyiapkan makanan buat bapanya sebelum meninggal dunia.Kata Cheta, masih terngiang-ngiang suara bapanya yang meminta dirinya untuk menyediakan lauk kegemaran iaitu Sotong Masak Cabai.
“Sempat melawak dengan abah tapi hari ini abah tunggu cek sampai ja tadi, cepat sangat abah pi, cek terkejut abah.“Cek sempat bagi abah minum air, mandikan abah. Sempat masakkan abah sotong masak cabai, abah suka sangat.“Sampai sekarang terngiang-ngiang abah suruh masak sotong tu. Sempat abah makan, sempat kita beraya, sarungkan abah baju.
“Abah rehat tau tunggu cek kat sana. Semoga Allah ampunkan segala dosa abah dan lapangkanlah kubur abahku.
“Ya Allah, tempatkanlah abahku bersama prang-orang yang beriman. Amin,” luahnya.
Berikut merupakan hantaran penuh sebak Cheta:
Must-Watch Video