Berita
"China Akan Berdepan Tindakan Jika..." - Donald Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberi amaran China akan menerima tindakan jika mereka terbukti dengan sengaja menyebarkan wabak COVID-19 yang kini mengakibatkan 100,000 kematian di Eropah.
Memetik laporan The Guardian, Trump berpendapat penularan wabak itu sepatutnya dihentikan lebih awal di negara China.
"Penularan wabak ini sepatutnya dihentikan lebih awal di China, namun ia tidak berlaku, sekarang seluruh dunia sedang menghadapi kesan buruk akibat penularan COVID-19," kata Trump dalam sebuah kenyataan di White House.
"Jika ia satu kesilapan, maka benarlah ia kesilapan, namun jika mereka didapati dengan sengaja mengakibatkan penularan wabak ini, tindakan akan dikenakan.
"Kita akan menyiasat perkara ini sama ada ia satu kesilapan yang tidak dapat dibendung atau disengajakan, terdapat perbezaan besar antara dua perkara ini," katanya lagi.
Walaubagaimanapun, Trump masih tidak menjelaskan secara terperinci tentang tindakan yang diperkatakan itu.
Untuk perkembangan COVID-19 di negara kita, jumlah kes keseluruhan adalah sebanyak 5,389 setakat jam 5.00 petang semalam (19 April 2020).
3,197 daripada jumlah itu telahpun sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital menjadikan kes yang masih aktif dirawat adalah sebanyak 2103.
Manakala jumlah kematian telah mencecah 89 termasuk satu kematian terbaru semalam.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada petugas kesihatan dan semua pejuang barisan hadapan atas jasa dan pengorbanan mereka kepada Malaysia ketika ini!
Sumber : The Guardian, Instagram KKM
Must-Watch Video