Pelakon yang sinonim dengan watak Captain America, Chris Evans diangkat sekali lagi sebagai lelaki paling seksi oleh majalah People.

Berita tersebut diumumkan menerusi rancangan The Late Show With Stephen Colbert yang ditayangkan baru-baru ini.

“Dengan kerendahan hati dan rasa terima kasih, saya dengan senang hati mengumumkan bahawa majalah People telah memutuskan untuk memberi saya kehormatan yang luar biasa… untuk mengumumkan lelaki terseksi untuk tahun yang kedua!” tuturnya sambil merujuk kepada Chris.

Sungguhpun Chris tidak muncul di studio, pihak produksi menyiarkan rakaman yang telah dirakam lebih awal menampilkan pelakon berusia 41 tahun dengan lelaki paling seksi pada 2016, Dwayne Johnson.

Menerusi artikel yang diterbitkan oleh People, Chris memberitahu ibunya pasti gembira apabila mendapat tahu mengenai berita berkenaan.


“Ibu saya pasti akan gembira. Dia bangga dengan apa yang saya buat… tetapi ini (pengiktirafan lelaki paling seksi) dia boleh banggakan,” katanya.

Lelaki paling seksi merupakan acara tahunan penerbitan tersebut yang dicetuskan pada 1985, dengan pengiktirafan pertama diberikan kepada Mel Gibson.

Tahun lalu, ‘rakan’ Marvel Chris, Paul Rudd diumumkan sebagai penerima status berkenaan sementara artis lain yang pernah diiktiraf termasuk Michael B. Jordan, John Legend, Idris Elba dan Blake Shelton.

Sumber: Variety

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!