,
Laman Utama

Cik B Agih Bantuan Di Kampung Orang Asli Tarik Perhatian, Ramai Penduduk Ajak Bergambar - “Anak Popular Daripada Mak”

Azwa Rahman
29/12/2021
05:21 MYT
Anak kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida, Cik B tidak melepaskan peluang menyertai dan menghulurkan pertolongan dalam misi bantuan banjir yang dianjurkan oleh ibunya.
Menerusi laman sosial Instagram, Cik B atau nama lengkapnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 16, memuat naik foto dan video sewaktu mengikuti misi bantuan banjir di sekitar Hulu Langat pada minggu lalu.
“15 biji motor dan tiga 4x4 yang mengagihkan barangan untuk mereka yang memerlukan, terima kasih abang-abang riders yang tolong hantarkan bantuan kepada mereka.
“Dan juga team Vida Beauty hehe. Seronok melihat mereka happy,” tulis Cik B di ruangab kapsyen.
Melihat pada perkongsian tersebut, Cik B yang turut ditemani Vida melawat kawasan perkampungan Orang Asli di Hulu Langat bagi menyerahkan sendiri barangan bantuan ke tangan mereka.
Antara barangan bantuan yang diagihkan termasuklah tilam toto, bantal, lampin pakai buang dan banyak lagi.
Tidak hanya itu, apa yang mencuri perhatian ramai adalah kehadiran Cik B yang cukup dikenali membuatkan ramai penduduk di sana gembira dan mahu bergambar bersamanya.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memberikan pujian terhadap Cik B di atas penyertaannya ke misi bantuan banjir meskipun perlu mengharungi hujan dan sebagainya.
“Terbaik Cik B! Muda tapi jiwa besar. Tahniah,” komen seorang wargamaya.
“Tq Cik B sudi datang kampung saya. Tq sudi datang kampung orang asli Paya Lebar. Tq bantu kami,” luah seorang wargamaya.
“Baguihnya Cik B! Keep up the good work,” puji seorang wargamaya.
“Rasa terharu dengan sikap Cik B dan Kacak dalam membantu mangsa banjir,” ujar seorang wargamaya.
“Cik B teruskan usaha murnimu,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 8,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Sekitar Julai lalu, Cik B dan adiknya Kacak menggunakan duit mereka sendiri bagi memberi barangan keperluan harian dan menyerahkannya kepada rumah-rumah yang memerlukan sewaktu kempen Bendera Putih sedang dijalankan di sekitar Ipoh.
BACA: Keluarkan Duit Sendiri Beli Barang, Cik B Mencari Rumah Dengan Bendera Putih Di Bandar Ipoh
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kongsi Video Berhijab, Netizen Doa Cik B Terbuka Hati Tutup Aurat - "Semoga Istiqamah"

gempak
22/08/2024
07:25 MYT
Anak gadis kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B sememangnya popular dengan tingkah lakunya yang seakan-akan lelaki.
Viral

“Tak Ada Perasaan Rindu… Trauma Dengan Dia” - Cik B

gempak
02/07/2024
06:55 MYT
Anak kepada usahawan sensasi Datuk Seri Vida iaitu Cik B menganggap ibunya adalah segalanya termasuklah memegang tanggungjawab sebagai seorang bapa dalam keluarga mereka.
Hiburan

Cik B Dedah Asal Usul Panggilan, Trauma Dengan Nama Penuh - “Orang Tak Panggil Nama Sebenar Saya Sebab…”

gempak
28/06/2024
05:03 MYT
Anak usahawan popular, Datuk Seri Vida iaitu Cik B bercerita tentang asal usul nama panggilannya menerusi satu temu bual santai dalam segmen 3 Pagi ERA.
Hiburan

Cik B Beri Nasihat Pentingkan Pelajaran - “Bukan Semua Orang Boleh Jadi Influencer, So Study!”

gempak
04/06/2024
03:55 MYT
Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mengingatkan tentang kepentingan pelajaran untuk masa hadapan.
Viral

“Kadang Lupa Dia Perempuan, Sumpah Comel!” - Ramai Terpegun, Netizen Setuju Trend Asoka Cik B Paling Menang!

gempak
19/05/2024
05:53 MYT
Selepas usahawan sensasi, Datuk Seri Vida membuat trend Asoka, kini perhatian netizen tertumpu pada anak sulungnya iaitu Cik B.