Viral

Cik B Dedah Terima Wang RM70,000 Dari Vida Buat Shopping, Netizen Tergamam - “Tak Bernafas Aku Tengok”

gempak
Khairil Khusyairi
25/11/2024
20:50 MYT
Sponsor Banner
Cik B Dedah Terima Wang RM70,000 Dari Vida Buat Shopping, Netizen Tergamam - “Tak Bernafas Aku Tengok”
Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi perbualan WhatsApp bersama ibunya baru-baru ini.

Minta Wang Shopping

Menerusi muat naik di TikTok, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin mendedahkan perbualan dia meminta wang daripada ibunya itu untuk tujuan membeli belah.
Lantas daripada itu, Vida terus memindahkan wang berjumlah RM20,000 ke akaun anak perempuannya itu biarpun Cik B mempunyai pendapatan sendiri.
Tidak lama selepas itu, Cik B turut berseloroh apabila sekali lagi meminta wang daripada ibunya kerana tidak mencukupi.
Apa yang mengejutkan, Vida terus memindahkan wang berjumlah RM50,000 sekali lagi ke akaun Cik B tanpa bertanya lebih.
“Mama yang hebat. Cik B sayang mama,” tulis Cik B.

Cik B Tak Perlu Ayah

Di akhir perkongsian tesebut, Cik B turut memaklumkan dia tidak perlu seorang lelaki yang bergelar ayah kerana ibunya itu sudah terbaik baginya dan adik, Kacak.

“Kenapa nak ada ayah kalau dah ada mama yang hebat. I love you mama. Terima kasih menjadi ibu yang terbaik dan terhebat. Sentiasa nak bahagiakan Cik B dan Kacak,” tutupnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.

Netizen Tergamam

Ada yang cemburu dan ada juga yang tergamam dengan amaun wang yang diterima Cik B.

“Boleh anxiety tengok berapa banyak kosong dia,” komen netizen.

“RM70k mcm RM7 je la ek,” tulis netizen lagi.
“Cik B tak perlu ayah tapi Cik B nak kakak tak?,” gurau netizen.

“Dia punya tambah sikit tahu-tahu RM50k..adeii tak bernafas aku tengok,” komen netizen tergamam.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024