Gaya terbaharu personaliti media sosial yang juga merupakan anak usahawan popular, Datuk Seri Vida iaitu Cik B menarik perhatian netizen.

Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkongsi sebuah video pendek merakamkan gelagatnya sedang bersiar-siar sambil dikawal oleh beberapa orang pengawal peribadi.

Bagaimanapun apa yang membuatkan netizen tertarik adalah penampilan dan juga gaya Cik B berjalan membuatkan dirinya kelihatan seperti seorang mafia di dalam filem Korea.

Malah caption ringkas Cik B iaitu “BOSSB” juga cukup membuatkan netizen bersetuju.

@cikb_havoc #CapCut i have a bodyguards but now need a lover? #onthisday #fyp #funny #cikb #bodyguard #tiktokmalaysia #starboy #tiktokmalaysia ♬ original sound - cikb_havoc66

Antara komen yang diterima adalah:

“Vibe dia dah macam VIP luar negara mat, mantap Cik B,”

“Pergh bukan biasa biasa ni macam vibe vibe artis Korea,”

“Betul betul boss ni, boleh berlakon drama jadi kak long kawasan,”

BERITA TRENDING: Netizen Tergamam Jam Tangan Cik B Berharga Sebiji Rumah Teres & Harga Seluruh Persalinan Melebihi RM600K

Sebelum ini, Beast Lab yang terkenal dengan pendedahan harga pakaian berjenama milik selebriti tempatan mendedahkan harga persalinan yang pernah digayakan oleh Cik B.

Cik B pernah mengenakan pakaian, kasut dan aksesori berjumlah sehingga RM657,750. Menerusi keterangan yang dimuat naik, pakaian yang dikenakan oleh Cik B berharga RM14,400, kasut RM5,300, jam tangan Chopard RM530,000 dan cincin Versace V Borocco berharga RM1,300.

Selain itu, skarf Dior yang dipakai berharga RM1,750 sementara sebentuk cincin dilemma berharga RM105,000.

Terdahulu, Cik B memang dikenali sebagai antara pempengaruh yang tidak sombong dan disenangi pengikutnya.