HIBURAN
Cik Epal Balas Balik! Dakwa Tak Pernah Terima Nafkah Dari Jofliam Sebelum Wujud Piza Wagyu - “Jangan Ilusilah Pernah Bagi RM240,000 Setahun“
Pempengaruh dan usahawan, Cik Epal mendedahkan tidak pernah menerima nafkah daripada Jofliam sebelum bekas suaminya itu menjalankan perniagaan piza wagyu sekitar tahun 2021.
Bayar 50-50 sebab tak mampu
Menerusi hantaran di Insta Story, Cik Epal mendakwa pada awal perkahwinan, Jofliam meminta supaya mereka membahagikan tanggungjawab secara separuh separuh kerana tidak mampu menampung perbelanjaan keluarga.
“Buat pizza pun baru setahun jagung. Merasa RM5,000 seminggu itu dalam beberapa bulan sahaja. Jangan ilusi lah pernah bagi RM240k setahun.
“Sebelum buat pizza, satu sen nafkah pun kau tak pernah bagi aku tau. Kot nak sembang berdegar sangat pasal nafkah.
“Hal Han dan Yuki tu memang tanggungjawab kau lah. Dari awal kahwin suruh 50/50 sebab kau tak mampu,” jelasnya.
Perangai berubah lepas ada piza wagyu
Dalam hantaran yang sama, Cik Epal berkata dia tidak kisah menjalani kehidupan susah dan senang bersama bekas suaminya dahulu namun lain pula jadinya apabila perangai Jofliam berubah selepas memiliki perniagaan piza.
“Aku layan kan sebab aku tak kisah susah senang dari awal. Tapi Allah uji kau senang sikit bila ada pizza, terus menggeletis dengan betina hamak.
“Tak kan dah cerai pon nak 50/50. Eh lemak ah engko. Lepas cerai ingat aku nak menderita ke lepas kau tak ada dalam hidup aku? Lambertt lagi,” jelasnya.
Terdahulu, Jofliam mendakwa memberi nafkah kepada Cik Epal kira-kira RM5,000 setiap minggu dalam sebulan.
Tidak hanya itu, Jofliam turut memperlekehkan kontrak yang ditandatangani oleh bekas isterinya selama setahun untuk harga RM250,000 adalah jumlah yang kecil.
Bagaimanapun, Cik Epal menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan kontrak yang ditandatangani untuk menjadi duta jenama kosmetik hanyalah tiga bulan.
Must-Watch Video