gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Perjalanan Terhenti! Giliran Ayiena & Maria Affendi Ucap Selamat Tinggal
HIBURAN
Seloroh 'Abang Aji Pasha', Ayda Jebat & Tribut Keybordist Antara Momen Terindah Konsert Orkestra Ungu!
KELUANG MAN
Ramai Puas Hati Layan Keluang Man Di Astro First - “Tujuh Kali Tengok Kat Wayang, Sambung Kat Rumah Pula!”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Cikgu Buat Hal, Hantar Bom Kepada Rakan Sebagai Hadiah Kahwin

Maliah Surip
Maliah Surip
31/05/2025
14:55 MYT
Sponsor Banner
Cikgu Buat Hal, Hantar Bom Kepada Rakan Sebagai Hadiah Kahwin
Seorang bekas guru di India dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas menghantar bom kepada rakannya sebagai hadiah perkahwinan pada tahun 2018.
Hukuman itu dijatuhkan sebuah mahkamah di Bolangir minggu lalu selepas perbuatan jenayah Punjilal Meher itu telah menyebabkan pengantin lelaki dan ibu saudaranya terbunuh.
Pengantin perempuan pula mengalami cedera parah dan terlantar lebih satu bulan di hospital.
Menurut kronologi kes, Meher telah mengirimkan bom ke rumah pengantin perempuan yang didakwa hadiah perkahwinan kepada pasangan tersebut selepas lima hari mereka berkahwin pada 23 Februari 2018, lapor Independentuk.
Bapa pengantin wanita, Reema mengatakan sebaik suami anaknya iaitu Soumya Sekhar Sahu membuka bungkusan yang dhantar, hadiah itu meletup dan membuat dua nyawa melayang selain kerosakan teruk dalam rumah.
Menerusi hasil siasatan, suspek berbuat demikian selepas tidak berpuas hati kerana posisinya telah digantikan oleh ibu pengantin lelaki sebagai pengetua di sebuah kolej. Dia telah memegang jawatan pengetua sejak 2009 sehingga Mei 2014 sebelum digantikan oleh ibu Sahu.
Selepas tangkapan dibuat, Meher mendedahkan telah belajar cara membuat bom di YouTube dan menerusi pembacaan di atas talian yang telah dipadamkan ‘sejarah’ pencarian. Dia juga merancang dengan teliti bagaimana bom tersebut dihantar ke rumah mangsa.
Sebelum berjaya ditahan pihak berkuasa, Meher dipercayai telah hadir ke majlis perkahwinan malah ke upacara pengebumian dengan penggunakan identiti berbeza.
Kini selepas tujuh tahun insiden berlaku, suspek telah menerima balasan setimpal.
Topic Berkaitan
#Cikgu
#Hadiah Kahwin
#Hantar Bom
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement