Gaya Hidup

Cili Padi Antara Makanan Yang Boleh Membakar Lemak!

gempak
Ahmad Shah
19/04/2016
05:14 MYT
Sponsor Banner
Cili Padi Antara Makanan Yang Boleh Membakar Lemak!
Ramai di antara kita sering mengelak untuk makan sebagai alasan sedang berdiet dan menurunkan berat badan.
Namun, tanpa mereka sedari makanan yang diambil bertindak sebagai agen pembakar lemak.
Kepada yang sedang berdiet, apa kata anda amalkan 6 jenis makanan pembakar lemak ini.
1. Daging Ayam dan Itik (tanpa lemak)
Lemak pada daging itik dan ayam yang telah dibuang adalah antara makanan yang terbaik untuk pembakaran lemak. Ini kerana tubuh mengunakan lebih banyak kalori untuk mencerna. Secara tak lansgung proses bakar lemak perut dapat dimaksimumkan.
2. Telur
Telur juga merupakan sumber protein yang seimbang dan sangat baik untuk membantu membakar lemak berlebihan. Ia juga dapat menahan otot apabila anda kehilangan berat badan.
3. Cuka
Diperbuat daripada asid yang boleh membantu badan memecahkan lemak yang berlebihan. Cuka bertindak bakar lemak perut dengan berkesan.
4. Limau
Buah-buahan jenis limau mampu meningkatkan tahap insulin dalam badan untuk membantu anda merasa kurang lapar. Buah lemon dan oren juga mengandungi serat rendah kalori dan kadar air yang tinggi membantu anda rasa kenyang lebih lama.
5. Cili Padi
Lagi pedas cili itu, lagi bagus kesannya dalam meningkatkan metabolism. Semakin tinggi kadar metabolisme, semakin cepat dan banyak lemak di perut dibakar dan disingkirkan.
6. Bijirin
Membantu mengawal kadar insulin ditahap yang rendah untuk meningkatkan metabolisme anda. Proses bakar lemak perut dapat dilakukan. Semakin banyak lemak yang dibakar, semakin cepat berat badan anda berkurangan.
Sumber: FB Seri Kehidupan Abadi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live