Laman Utama

"Cinta Kami Masih Utuh!" - Azri Iskandar, Azra Diera Akan Kahwin Cuti Sekolah Hujung Tahun Ini

Gempak
07/09/2022
14:00 MYT
Hubungan cinta antara pelakon Azri Iskandar dengan wanita yang dikenali sebagai Azra Diera Abdul Hamid masih menjadi misteri biarpun pernah memaklumkan bakal berkahwin.
Biarpun pelbagai spekulasi yang timbul mengenai hubungan itu, namun Azri menegaskan cinta mereka tetap utuh dan bakal disatukan sebagai suami isteri pada hujung tahun ini.
“Hubungan saya dengan Ara okay saja. Cinta saya pada Ara pun masih sama… tak ada yang berubah walaupun dihina haters.
“Ara pun sama, tetap teguh dengan cinta dan perancangan kami bernikah dan hidup bersama. Saya dah dewasa, dah lama pun dalam industri.
“Jadi, tak goyang dengan kata-kata orang lagi. Insya-Allah mungkin cuti sekolah dalam hujung tahun ini, kami akan disatukan.
“Sekarang saya tengah kumpul duit kahwin… masih belum cukup. Cinta saya pada Ara,” kata Azri ketika dihubungi Gempak.
Sebelum ini, Azri mengesahkan dia sudah bertunang dengan kekasihnya yang juga penulis skrip, Dr Azra Diera, 43, di Kangar, Perlis pada 29 Jun lalu.
Hubungan cinta mereka mencetuskan pelbagai spekulasi dan kecaman daripada netizen sehingga menyebabkan ibu kepada bakal isteri Azri pernah dimasukkan ke hospital.
“Sehingga kini, Ara masih fobia dengan insiden ibunya pengsan. Sampai sekarang masih ramai haters yang kecam saya… nak kahwin pun kena kecam,” katanya lagi.
Terdahulu, Azri dan pelakon Ellie Suriaty sah bercerai talak satu pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama.
Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 17, dan Nur Azreen, 13.
Azri juga menerusi perkahwinan pertama mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31; Farah Qistana, 29; dan Nur Anis Mastura, 27.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ellie Suriaty Tak Cemburu Bekas Suami Nak Kahwin, Azri Iskandar Terima Hakikat Tak Ada Jodoh Dengan Kekasih Baru

gempak
15/06/2024
01:09 MYT
Pelakon, Ellie Suriaty mendedahkan punca hubungan bekas suaminya, Azri Iskandar dan Datuk Noora Kay tidak sampai ke jenjang pelamin disebabkan ketidaksefahaman pasangan tersebut dalam penundaan tarikh majlis pernikahan mereka.
Laman Utama

Dr. Azra Memang Wujud! Azri Iskandar; "Dia Terima Tawaran Berlakon RM500,000 & Sedang Berlatih Muay Thai"

gempak
26/10/2023
07:55 MYT
Setahun dah Azri dan Azra tak jumpa.
Laman Utama

Lebih Setahun Azri Iskandar Tak Jumpa Dr Azra - "Mestilah Rindu Sebab Dah Bercinta"

gempak
25/10/2023
07:55 MYT
Dr Azra masih misteri.
Laman Utama

Ellie Suriaty Ajak Kekasih Bekas Suami Kenal Dengan Anak-Anak - “Kenapa Tak Muncul Lagi?”

gempak
30/07/2023
03:50 MYT
Ellie ajak kekasih Azri datang jumpa anak-anak
Laman Utama

“Kahwin? Masih Dalam Perancangan… Saya Akan Jemput Ellie Suriaty” - Azri Iskandar

gempak
26/07/2023
00:50 MYT
Azri Iskandar mahu jemput bekas isteri ke majlis perkahwinan