Laman Utama

Cinta Kembali Bertaut, Jennifer Lopez Anggap Peluang Kedua Bersama Ben Affleck

gempak
Maliah Surip
25/07/2021
05:49 MYT
Sponsor Banner
Cinta Kembali Bertaut, Jennifer Lopez Anggap Peluang Kedua Bersama Ben Affleck
Hubungan intim yang kembali terjalin di antara Jennifer Lopez atau JLo dan mantan tunangnya, Ben Affleck sejak April lalu sudah tidak disembunyikan lagi.
Keduanya malah dilihat bercuti bersama, selain JLo yang putus tunang dengan Alex Rodriguez sudah mula terbuka berkongsi foto dirinya yang disertai Affleck.
Terkini, media antarabangsa melaporkan kedua selebriti ini sangat menghargai hubungan yang dibina semula ini sehingga Affleck dikatakan sangat berhati hati dan mahu menjaganya.
"Affleck cukup menjaga hubungan mereka kembali," ujar satu sumber kepada People.
"JLo berasa mereka telah diberi peluang kedua. Jadi dia mahu pastikan kali ini semuanya akan menjadi," ujar sumber pesohor itu pula.
Menurut sumber lain pula, keduanya kini menghabiskan lebih banyak masa bersama anak anak mereka; JLo mempunyai sepasang kembar berusia 13 tahun Emme dan Max Muniz hasil perkahwinan bersama penyanyi Marc Anthony.
Affleck pula memiliki dua anak dari perkahwinan bersama aktres Jennifer Garner, Seraphina Affleck, 12, dan Violet Affleck, 15.
JLo dan Affleck pertama kali bertemu pada tahun 2001 sewaktu membintangi filem Gigli dan mula bercinta setahun kemudian. Pada 2002 mereka bertunang, namun membatalkan perkahwinan hanya beberapa hari sebelum menjadi suami isteri dan memutuskan pertunangan pada tahun 2004.
Walaupun sudah lama tidak menjadi kekasih dan menjalani kehidupan bersama pasangan masing masing, JLo dikatakan tidak pernah bercakap buruk tentang aktor tersebut.
"Dia memang pernah kecewa, tetapi JLo tidak pernah bercakap buruk mengenai Affleck," kata sumber lagi.
Kredit Foto: AP
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live