Video pendek sedutan drama Mona Lisa itu dimuat naik oleh Hafreez menerusi akaun Instagram (IG)nya semalam.
Bagaimanapun, apa yang mendapat perhatian adalah kapsyen yang ditulis oleh Hafreez berkenaan panggilan sayang itu.
“Eh. Betullah tu kan panggilan tu? Tak salah pun lah,” tulisnya ringkas.
Kapsyen tersebut telah menarik perhatian Nad Zainal dan menyebabkan pelakon wanita itu meninggalkan komen mengusik pada entri berkenaan.
“Cinta lokashiiii alololo nomeylaaa,” tulisnya.
Selain Nad, peminat juga turut memberikan komen yang mendoakan pasangan ini selepas Hafreez membuat pengakuan mengenai hubungan cinta mereka baru-baru ini.
“Kalau sayang jangan lepaskan,cepat-cepat pinang Zara,chaiyok-chaiyok” - @umaiah1.9.84
“Tak salah tu, memang sayang Zara pun aka Melisa @zarazya”, -@Innabilahdanial
Selain Hafreez, pelakon lain yang turut membintangi Mona Lisa adalah Zara Zya, Nazim Othman dan Mona Allen.
Drama adaptasi Korea daripada naskah “The Women’s Room’ itu bersiaran sebanyak 80 episod.
Drama arahan Shahrul Ezad Mohameddin itu akan ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang menerusi slot Tiara di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).
Foto: Instagram @hafreezadam / @zarazya
Teks oleh: Mya Amri