HIGHLIGHTS
Cinta Separuh Mati, Akhirnya Si Dia BERSELINGKUH Juga – Chill, Move On. Perempuan Baik Untuk Lelaki Baik.
Kalau sudah namanya cinta, memanglah seluruh jiwa dan raga akan diberikan kepada si dia. Walaupun ramai yang selalu beri peringatan, bercinta itu berpada-pada, jangan sayang terlalu sangat. Namun, soal hati, siapalah mampu mengawalnya? Apatah lagi, si dia itu memang idaman jiwa.
Setelah asyik-masyuk dibuai rasa, tiba-tiba saja hubungan kamu diuji badai. Si dia mula berubah karekter. Desas-desus rupanya si dia sudah main kayu tiga. Sana cinta, sini cinta. Bagaimana perasaan kamu yang selama ini setia, tidak pernah terfikir mahu menduakannya. Hanya pernikahan destinasi yang mahu dituju bersamanya.
Jadi, bagaimana melalui detik itu? Apabila cinta dicurangi dan janji didustai! Adakah kamu mahu memberi peluang ke dua atau tamatkan sahaja hubungan itu? Fikir masak-masak kerana selagi belum bergelar suami isteri, apa saja keputusan mudah untuk kamu putuskan. Jika perpisahan yang terbaik, pastikan kamu terus mengesat air mata.

Kredit Foto: Google
Bagaimana Merawat Luka Seberapa Pantas?
- Boleh menangis, bukan tak boleh. Menangis adalah terapi terbaik untuk meluahkan segala rasa sedih dan kecewa. Menangislah semahunya untuk sehari dua. Tetapi, jangan berlama-lama sehingga memudaratkan diri.
- Setelah puas menangis, cukup! Kesatlah air mata dan mulakan hari baru yang lebih baik. Terus-terusan menangis hanya membawa deritta yang perit zahir dan batin.
- Keluar, jangan terus memencilkan diri di bilik seorang diri. Bertemu dengan kawan-kawan yang dapat menceriakan dan membuat kamu ketawa. Kalau mahu pergi bercuti, silalah. Jangan pula cari lokasi yang mengingatkan kamu dengannya.
- Buang semua kenangan kamu dan si dia seperti hadiah-hadiah yang diberikan, gambarnya atau apa saja benda yang bersangkutan dengannya. Kalau terpandang nanti, takut membuatkan kamu teringat semula.
- Tidak salah pun jika mahu block akaun media sosialnya juga nombor telefonnya. Jangan jadi stalker. Kamu tidak perlu tahu apa-apa perkembangan dirinya. Itu baru tanda kamu sudah ‘move on’.
- Berkongsilah rasa dengan orang yang kamu percayai. Kalau memendam rasa itu membuat kamu lebih tertekan, luahkan kepada seseorang agar kamu lega.
- Elakkan mendengar lagu-lagu sedih atau menonton filem-filem bergenre putus cinta dan sewaktu dengannya. Riangkan hati dengan lagu-lagu yang dapat menaikkan semangat atau filem-filem yang mencuit hati.
- Selalulah bersangka yang dia pasti sedang bahagia bersama orang baru itu. Jadi, kenapa kamu perlu bodohkan diri merana atas kebahagiaan yang sedang dikecapinya itu. Kamu juga ada hak untuk bahagia.
- Teruskan rutin harian seperti biasa dan cuba sibukkan diri dengan menambah aktiviti baru. Masa terluang hanya akan membenarkan kamu untuk terus mengingatkan dia. Buat apa saja yang boleh buat kamu tak sedar masa berlalu.
- Doa banyak-banyak, amalkan zikir-zikir yang dapat memberi ketenangan jiwa. Mohon Allah gantikan seseorang yang lebih baik.

Kredit Foto: Google
Must-Watch Video