Penyanyi Haqiem Rusli berkongsi bagaimana terhasilnya lagu Luka dan Bahagia untuk penyanyi dari Korea Selatan, Han-Byul yang telah dinyanyikan di pentas Big Stage pada Ahad lalu.
Menurut Haqiem dia berjumpa dengan pihak pengurusan Han-Byul semasa minggu keempat ketika sesi latihan bersama Syada Amzah.
"Masa itu minggu keempat yang memerlukan saya berduet dengan Syada Amzah di pentas Big Stage.
"Saya pergi ketika mereka sedang 'soundcheck' dan dalam masa itu saya ternampak Han-Byul.
"Selepas saya tegur Han-Byul, pengurus dia datang bertemu dengan saya dan meminta saya untuk mencipta sebuah lagu untuk dinyanyikan pada konsert akhir.
"Tanpa berfikir panjang, saya berbincang dengan pihak pengurusannya maka terhasil la lagu Luka dan Bahagia," katanya kepada Gempak.
Haqiem ditemui usai mini konsert bersama peminat yang diadakan di Forest Valley Hall, Cheras.
Tambah pelantun lagu Selamat Tinggal Sayang ini, elemen memasukkan lirik lagu dalam bahasa Korea adalah hasil perbincangan mereka bersama.
"Elemen memasukkan lirik lagu dalam bahasa Korea itu adalah hasil perbincangan kami bersama.
"Saya minta dia terjemahkan satu bahagian lirik dalam bahasa Korea.
"Saya sendiri tidak menjangkakan lagu itu akan 'trending' di laman YouTube. Sekarang ini sudah lebih 900,000 penonton yang sudah menontonnya," katanya lagi.
Seramai lima orang peserta telah berentap di pentas Big Stage untuk berebut gelaran juara.
Penyanyi berasal dari Korea Selatan, Han Byul dinobatkan sebagai juara Big Stage 2019.
BACA: Penyanyi Korea, Han Byul Juara Big Stage 2019!
Han Byul telah menewaskan empat peserta lain iaitu Neeta, Adzrin, Irfan Haris dan Dinda Permata yang turut bersaing di peringkat akhir program tersebut.
Big Stage 2019 minggu ini menampilkan Misha Omar sebagai juri jemputan bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan.
Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.
Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!
Zulaikha Yusof
Mon Oct 07 2019
Ummi Nazeera Tolak Tawaran Berlakon Lagi Dengan Aliff Aziz - “Bukan Sebab Dia Ada Buat Salah Tapi…”
Ummi tak nak lagi bekerjasama dengan Aliff.
Safiq Rahim Diserang Penjenayah, Cermin Kereta Dipecahkan Guna Tukul Besi
Bintang bola sepak tempatan Safiq Rahim berdepan detik cemas apabila cermin belakang kenderaan yang dipandunya dipecahkan oleh individu tidak dikenali dengan menggunakan tukul besi.
Seorang Maut, Seorang Cedera Dihempap Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail
Seorang lelaki berusia 47 tahun maut manakala seorang lagi lelaki berusia 26 tahun cedera dalam insiden pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail pada petang Selasa.
Kugiran Masdo Bikin Konsert 'Free' Di Resorts World Awana!
Digelar sebagai The Beatles Malaysia, Kugiran Masdo bakal mengadakan konsert khas di Tempat Letak Kereta Terbuka, Resorts World Awana pada 25 Mei 2024, eksklusif untuk ahli-ahli kad Genting Rewards Card (GRC).
#MetGala: Busana Aluminium Foil, Rambut Pendek Michelle Yeoh Jadi Perhatian
Uniknya busana Michelle Yeoh.
THSS: Bukan Sekadar Pentas Nyanyian, Peserta The Hardest Singing Show Bakal Sajikan Aksi Lagak Shownmanship Yang Luar Biasa!
Program pertama paling susah di Malaysia, 'The Hardest Singing Show' bakal menguji kestabilan fizikal, mental dan kreativiti peserta dalam persembahan, di mana secara tidak langsung turut menguji kualiti vokal nyanyian mereka.
Hafiz Hamidun Berjaya Gabung Elemen Islamik & Budaya Melayu Dalam Konsert Zikir Dikir - “Kalau Ikutkan, Idea Untuk…”
Tahniah Hafiz Hamidun!
Tak Gemar Sambut Birthday, Ziana Zain Menangis Terima Surprise Anak-Anak
Penyanyi terkenal, Ziana Zain akui tersentuh apabila mendapat kejutan daripada anak-anaknya ketika ulang tahun kelahirannya yang ke-55 pada tahun lalu.
Uji Bakat - TikTok X ASTRO LIVE Gimme The Mic
Korang rasa korang ada bakat terpendam yang ingin dikongsikan? Ini lah masanya untuk anda menyerlah dan andalah yang kami cari! Jom join Gimme The Mic sekarang!
Netizen Sempat Rakam Detik Cemas Pokok Tumbang Hempap Landasan Monorel, Kereta Di Jalan Sultan Ismail
Doakan semoga semuanya selamat.