Pengarah dan pelakon, Erma Fatima akui kagum dengan semangat anak angkatnya, Citra yang mempunyai masalah kerosakan dalam otaknya.

Menurut Erma, dia sebak melihat Citra yang sentiasa berusaha melakukan apa yang dia mahu meskipun dengan hanya mampu menggunakan satu tangan.

“Setiap kali dia buat sesuatu hanya dengan menggunakan satu tangan..kadang-kadang dengan kaki juga menyebabkan saya sebak.

“Citra bukan autism, dia brain damage kerana separuh brain dia rosak ketika dalam perut emaknya akibat pengambilan ubat.

“Dalam ketidaksempurnaan dia..dia masih berusaha dan tak putus asa.

“Saya upload bukan untuk mendapat simpati..dia happy bila tengok banyak komen kat gambar dia. Dia kata dia banyak kawan baru,”
tulisnya.

Erma berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Erma turut memuat naik video Citra yang sedang melakukan kerja seninya.

Rata-rata pengikutnya juga turut bersimpati dengan Citra dan mendoakan agar hidup anak itu dipermudahkan.

Selain Citra, Erma memiliki empat anak angkat lain iaitu Syamil Ikhwan, 25, Ahmad Arir, 23, Ahmad Aifin, 21, dan Nurain, 12.

Setiap kali dia buat sesuatu hanya dgn menggunakn satu tangan..kadang2 dgn kaki juga menyebabkan sy sebak. Citra bkn autism..dia brain damage..separuh brain dia rosak ketika dlm perut emaknya akibat pengambilan ubat. Dlm ketidak sempurnaan dia..dia masih berusaha dan tak putus asa. Sy upload bkn utk mendapat simpati..dia happy bila tgk byk komen kt gambar dia. Dia kata dia byk kawan baru..??? #anaksyurgaku

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on