,
Laman Utama

“Cium Tangan Saya Dua Kali, Bukan Cium Biasa!”- Ara Johari Trauma Ditarik Lelaki, Sempat Pukul Bahagian Belakang

Mya Amri
26/06/2023
13:30 MYT
Penyanyi Ara Johari berdepan detik mencemaskan apabila seorang lelaki tidak dikenali bertindak melakukan gangguan seksual dengan mencium tangannya selepas dia menjayakan satu persembahan di Nilai, Negeri Sembilan pada Ahad.
Ara yang masih trauma menceritakan kejadian tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.
“Semalam, ada seorang lelaki yang datang dekat saya untuk bergambar. Masa tu ada keluarga saya dan PA.
“Saya pun okaylah jom ambil gambar. Kang tak ambil gambar cakap sombong. Kemudian dah ambil dia macam buat hal sendiri dulu.
“Saya pun tak fikir apa jadi sambung borak dengan mak tapi tak perasan dia masih berada di sekeliling saya dan keluarga.
“Tiba-tiba dia datang hulur tangan nak salam. Saya selalunya tidak bersalaman dengan orang yang tidak dikenali terutamanya lelaki.
“Saya tak fikir panjang, salam jela sebab nak bagi dia chaw sebab moment tu dah jadi kekok. Bila dah salam tiba-tiba dia genggam tangan saya kuat-kuat eh.
“Saya pun dalam hati eh asal mamat ni. Tapi dalam hati tu dah selawat, istighfar semua lah. Sebab takut juga apa-apa jadi.
“Ingatkan dia pergi lepas salam, tapi tak ya, dia masih ada area situ. Lepas tu saya terus suruh adik ambil dah mula rasa tak selesa.
“Bila saya nak gerak, dia datang balik fist bum my PA. Kemudian datang dekat saya, ingatkan dia nak fist bum. Jadi saya bagi lah fist bum juga. Tapi ternyata... dugaan ku salah,” kongsinya.
Jelas Ara lagi, lelaki tersebut kemudiannya menarik dan mencium tangannya sebanyak dua kali.
“Dia terus tarik tangan nak salam, lepas tu dia genggam kuat-kuat. Dan cium tangan saya dua kali. Bukan cium biasa tau. Memang cium bersungguh betul!
“Saya cuba tarik tangan pun tak boleh sebab dia dah pegang kuat gila. Kemudian dia blah, tapi saya sempat pukul belakang dia dan cakap eh kau ni siapa?
“Tapi salah lah kau nak chaw time ramai orang dekat sekeliling. Saya jerit tau panggil lepas tu PA saya dan ada beberapa orang kejar dia but dia lari.
“Mula-mula ingatkan tak dapat tangkap tau swbab laju. Orang awam yang ada terus sambung kejar dan tangkap,” jelasnya.
Dalam pada itu, Ara juga memaklumkan telah membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Nilai kerana bimbangkan keselamatan dirinya.
“Nak dijadikan cerita polis pun laju datang dan tangkap dia bawa pergi balai. Saya juga salute dengan orang malaysia.
“Mereka sama-sama tolong, walaupun dia tak kenal siapa dan tak tahu pun kes apa. Dorang hanya dengar orang jerit suruh tolong tangkap je,” tulisnya.
Terdahulu, seorang lelaki ditahan kerana didakwa mencabul kehormatan penyanyi wanita selepas selesai membuat persembahan pada satu acara di Dataran Nilai, Bandar Baru Nilai.
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Cium Tangan Penyanyi Wanita Popular Berjaya Ditahan
Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Da'i Syed Tak Mahu Anak Perempuan Membesar Dalam Keadaan Trauma, Sedih - "Saya Nak Mulakan Hidup Baharu"

gempak
05/11/2024
07:25 MYT
Pendakwah selebriti Da'i Syed Iqmal bercadang untuk menjalankan perniagaan menjual aksesori wanita.
Hiburan

Akui Masih Trauma, Insiden Kemalangan Banyak Mengubah Ikmal Amri - "Saya Cermin Balik Apa Yang Saya Dah Buat"

gempak
31/10/2024
12:55 MYT
Aktor yang popular dengan naskah Gantung itu berkata insiden itu banyak mengubah kehidupannya.
Hiburan

Kongsi Gambar Mata Lebam, Shila Amzah Dedah ‘Penang’ Pernah Buat Dirinya Trauma - “Ubai Tahu Segala-Galanya…”

gempak
29/10/2024
21:55 MYT
Penyanyi Shila Amzah mengimbau kembali trauma yang pernah menghantuinya sejak lebih 10 tahun lalu.
Berita

Peluk, Cium Pelajar Perempuan 12 Tahun, Polis Tahan Guru Penolong Kanan

gempak
15/10/2024
12:55 MYT
Polis menahan seorang Guru Penolong Kanan sebuah sekolah rendah di Ipoh, Perak, bagi membantu siasatan kes cabul terhadap seorang pelajar perempuan berusia 12 tahun.
Viral

Pernah Ditipu Sampai Rugi Ratusan Ribu, Iddin Syah Trauma Nak Bagi Bantuan Melibatkan Wang - “Saya Sebelum Ini Berbaik Dengan Semua Orang Tapi…”

gempak
06/10/2024
23:55 MYT
Pernah ditipu oleh rakan niaga sebelum ini hingga kerugian ratusan ribu ringgit menyebabkan usahawan dan selebriti media sosial Iddin Syah kini berada dalam keadaan trauma malah serik untuk berbuat baik kepada individu lain.
Unitar