Laman Utama
Coldplay Umum 4 Hari Konsert Di Singapura, Ini Reaksi Peminat Malaysia
Kugiran dari England, Coldplay mengumumkan tarikh baharu untuk konsert jelajah mereka, Coldplay Music Of The Sphere World Tour di Singapura.
Menerusi kemas kini yang dikongsikan oleh penganjur, Live Nation, Coldplay bakal membuat persembahan di republik itu selama empat hari bermula pada 23 hingga 27 Januari 2024.
Konsert jelajah berkenaan dijadualkan berlangsung di National Stadium, Singapura.
Coldplay merupakan artis pertama melakukan persembahan selama empat hari berturut-turut di lokasi yang sama.
Menerusi tinjauan Gempak, rata-rata penggemar Coldplay tempatan yang tidak berkesempatan untuk membeli tiket bagi persembahan di Malaysia mahu terbang ke Singapura bagi menyaksikan kugiran kegemaran mereka beraksi.
“Keputusan yang bijak untuk menambahkan hari di Singapura berbanding di Malaysia. Warga Malaysia tentu tidak kisah dengan perbezaan matawang kerana ia Coldplay!”
“Way to go to boost tourism. Smart!”
Menurut Live Nation, tiket akan dijual bermula 19 Jun. Tiket berharga daripada S$68.
Sebelum ini, kecoh dalam kalangan peminat tempatan apabila mereka tidak dapat membeli tiket konsert Coldplay yang bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kekecohan terus berlaku apabila ada pembeli yang menjual semula tiket berkenaan pada harga yang sangat mahal.
Must-Watch Video