Pelakon dan pelumba kereta profesional, Faye Kusairi, berkongsi beberapa keping foto bayinya di akaun Instagram (IG).

Menerusi entri di IG, Faye atau nama sebenar Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi juga turut berkongsi nama anaknya iaitu Alif Azmi.

"Gambar ini diambil ketika malam pertama Alif dilahirkan. Ibu dan Ayah sayang sangat-sangat kepada Alif, #AlifAzmi," tulisnya.

This photo was taken the night our journey begins. Mommy & Ayah loves you so much, Alif. ? #AlifAzmi

A post shared by FayeKusairi™ Official (@fayekusairi) on


Rata-rata pengikut IG kebanyakannya memuji kecomelan wajah bayi lelaki Faye Kusairi yang dilahirkan pada 9 April lalu.

"@nora.adzri: Semoga menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua orang tuanya. Ameen."

"@amira_ridzu: Comelnya orang bujang tok. Semoga sentiasa dibawah lindunga Allah."

"@haziema_emma: Hai Alif, semoga awak menjadi anak yang soleh buat mommy & ayah ya. Ameen."

"@ebbyshahira:Apa ni comel sangat Alif. Muka dia mirip abang dia."


Faye dan Azmi yang merupakan bekas suami penyanyi Elly Mazlein telah mendirikan rumah tangga pada 9 April 2017 di Kuala Lumpur.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Foto: Instagram Faye Kusairi