Anak saudara Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ummi Umairah kini mempamerkan bakatnya dalam bidang lakonan.

Sememangnya dilahirkan dalam keluarga seni, Umairah atau lebih mesra dengan panggilan Umai ini kelihatannya tidak kekok berlakon.

Menerusi rakaman sedutan pendek lakonannya dalam telefilem Diva Dari Jakarta di akaun Instagram jelas menunjukkan Umai begitu bersahaja menjiwai wataknya.

A post shared by UMMI UMAIRAH | Call Me Umai (@umairah_sairahtarudin)


Malah menerusi ruangan komen juga, rata-rata pengikutnya memuji Umai dan menyatakan rasa tidak sabar untuk menonton telefilem berkenaan.

“Wah pandainya Umai berlakon. Tak sabar nak tengok,” komen @arissa_qai_

“Ala comelnye Umai macam ada iras-iras Tok Ti dulu-dulu,” puji @asmirul__

Selain Umai, Diva Dari Jakarta juga dibintangi oleh Sherry Alhadad dan Ruhainies.

Diva Dari Jakarta akan bersiaran pada Sabtu, 16 Januari 2021, pukul 9 malam di Astro Citra (saluran 108)