Suami kepada penyanyi dan pelakon, Datin Seri Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Zaman membuat kejutan kepada isterinya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Mahadi menunjukkan papan iklan yang terpampang wajah Heliza beserta ucapan “untuk mu sanah helwah,”

Heliza yang berasa terharu dengan usaha suaminya itu tersenyum manis sebaik sahaja melihat papan iklan tersebut.

Dalam pada itu, Mahadi juga turut membuat coretan menyentuh hati khas buat isteri kesayangannya itu.

Dalam coretan tersebut, Mahadi mengucapkan terima kasih kepada Heliza kerana banyak bersabar dan menjadi isteri terbaik untuk dirinya.

“Sanah Helwah to my Zaujah @nurhelizahelmi
Untuk isteriku yang kusayangi, Jazakumullah Khayran kerana menjadi isteri yang terbaik buat diriku.

“Terima kasih kerana banyak bersabar, berkorban masa, tenaga, wang dan banyak lagi.

“Semoga kita semakin tabah mengharungi cabaran & ujian yang mendatang. Dirimu adalah hadiah terindah dalam hidupku.

“Terima kasih kerana selalu mencintaiku dalam suka dan duka. Semoga Allah SWT melindungi, merahmati.

“Juga diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan diberikan kebahagiaan dunia akhirat. Doakan kami,” coretnya.

A post shared by Mahadi BZ | President AUF?MBZ (@mahadibz)

BERITA TRENDING: Fathia Dakwa Suami Heliza Helmi Merupakan Seorang Scammer? - “Pergi Berjihad Tapi Scam…


Terdahulu, Heliza atau nama penuhnya Nur Heliza Helmi bernikah dengan Mahadi yang juga seorang ahli perniagaan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 1 Januari 2022.