Skip to main content

Trend Pasaran

Comfirm Ramai Beratur! - Gadis Cantik Jual Nasi Ayam Bakar Viral

gadis-cantik-jual-nasi-ayam-viral.jpg
Gadis bernama Wana Sulaiman mula mendapat perhatian netizen apabila kisahnya perniagaannya yang menjual nasi ayam bakar menjadi viral di laman sosial.
 
Selain menu yang ditawarkan, rupa paras Wana yang cantik juga merupakan antara sebab peniagaannya mendapat sambutan hangat.
 
Perniagaan Nasi Ayam Bakar Blackpaper Sos dan Nasi Perang (brown rice) ini terletak di Taman Medan, Petaling Jaya.
 
Wana mula menghebahkan perniagaannya menerusi laman sosial Twitter miliknya @wanasulaiman21 semalam dengan cara meminta warga Twitter untuk ‘retweet’ statusnya bagi tujuan promosi.
   
Selain itu, Wana juga turut memberitahu keistimewaan nasi ayam bakarnya kepada umum.
 
 Kehebatan kuasa viral membuatkan Wana mendapat lebih 5,000 retweet dan hampir 3,000 likes.
 
Dalam pada itu, netizen juga tidak ketinggalan mengusik Wana dek kerana kecantikan yang dimilikinya.
 
Tidak kurang juga ramai yang menyatakan rasa puas hati dengan kesedapan nasi ayam bakar itu.
 
Netizen juga turut memberikan kata-kata perangsang dan memuji usaha Wana yang gigih menjalankan perniagaan tersebut.
 
 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement