Anugerah Stail EH! 2022 secara rasmi melabuhkan tirainya semalam dengan menyaksikan pelakon Daiyan Trisha dinobatkan sebagai penerima anugerah utama.

Bertemakan ‘Over The Top’, majlis penuh meriah itu berlangsung di DADI Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Isnin yang diacarakan oleh hos Gempak TV, Isha Norsham dan Daniel Cheang.

Anugerah tersebut turut diserikan dengan kehadiran artis popular seperti Mimi Lana, Janna Nick, Ain Edruce, Nadia Brian dan Meerqeen.

Sepanjang acara berlangsung, pelbagai momen menarik yang berlaku, untuk itu jom Gempak kongsikan corat-coret Anugerah Stail EH! 2022:

1.Suasana Sibuk Dan Meriah Sebelum Acara

Tetamu dan selebriti yang hadir mula memasuki ruang majlis seawal jam 8 malam, malah ada yang sudah sibuk mencari tempat duduk di dalam dewan seperti sudah tidak sabar untuk menantikan acara bermula.

Sementara itu diluar dewan, tetamu turut dihidangkan dengan beberapa juadah seperti manisan dan minuman ringan sebagai pengisi perut.

2.Fesyen Tetamu Yang Stylo

Sudah pastinya, perkara yang bakal menjadi perhatian adalah fesyen yang digayakan barisan selebriti dan tetamu ke anugerah tersebut. Ada yang datang dengan fesyen menutup muka, ada yang berambu-ramba dan tidak kurangnya kain yang meleret panjang kebelakang.

Malah, ada juga yang bermain dengan warna seperti ‘colour block’ sehingga kehadirannya sudah boleh dilihat daripada jarak jauh, memang wow!

3.Persembahan Yang Memukau

Tidak lengkap sebuah majlis tanpa sebarang persembahan. Pada malam tersebut pentas telah dibuka dengan persembahan kumpulan De Fam yang membawakan lagu hits mereka, Supergirls.

Selain De Fam, pentas acara turut dimeriahkan dengan persembahan penyanyi Hael Husaini yang membawakan lagu Believer nyanyian Imagine Dragons dan Kaka Azraff yang membawakan lagu terbaharu miliknya berjudul Hilang.

4.Daiyan Wakil Aedy Ashraf

Pelakon Aedy Ashraf telah dinobatkan sebagai pemenang kategori selebriti lelaki paling seksi, namun dia tidak dapat menghadiri diri pada acara tersebut, sebaliknya pelakon Daiyan Trisha telah mewakilkan dirinya untuk naik ke atas pentas dan menerima trofi kemenangan.

Saat momen itu berlaku, seisi dewan bersorak gembira dan tertawa sesama mereka.

5.Scha Al Yahya Pemenang Stail EH! 2019

Selaku pemenang Anugerah Stail EH! 2019, pelakon Scha Al Yahya telah diberikan perghargaan pada malam tersebut untuk menyampaikan anugerah dan turut ditemani suami, Awal Ashari.

Pasangan tersebut menjadi penyampai untuk dua anugerah iaitu kategori selebriti lelaki paling bergaya dan selebriti wanita paling bergaya.

6.Photo Booth

Bagi tetamu dan selebrtiti yang hadir, mereka turut berpeluang mengambil gambar di photo booth dengan camera jenis GlamBOT yang disediakan oleh pihak penganjur. Masing-masing tidak melepaskan peluang menunjukkan ‘style’ dan ‘pose’ yang meletop!

7.Persembahan Khas Kaka Azraff

Dalam keseronokkan meraikan para pemenang pada malam tersebut, suasana menjadi sayu seketika kerana menghayati persembahan khas oleh penyanyi Kaka Azraff yang mendedikasikan sebuah lagu terbaharu berjudul Hilang kepada arwah sahabat baiknya yang juga merupakan juru solek terkenal iaitu arwah Emmy Agung dan Fendi Sani.