Konsert pertama Gegar Vaganza 8 (GV8) menyaksikan Aliff Aziz berada di kedudukan pertama dengan markah 76.6%.

Manakala, bintang di kedudukan terakhir pula ialah Datuk Fazley Yaakob dengan 53.6%.

BACA: Tiada Penyingkiran Konsert Pertama GV8! Aliff Aziz Raih Markah Tertinggi Manakala Datuk Fazley...

Seperti biasa, konsert minggu pertama berakhir dengan tiada penyingkiran.

Pasti ramai yang ingin tahu apa yang berlaku sepanjang konsert pertama GV8 yang disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Jom, Gempak kongsikan corat-coret konsert pertama GV8.

1. Kalau tahun lepas tiada penonton dibenarkan untuk turun menyaksikan konsert dan diganti dengan kad-kad berbentuk orang di kerusi penonton.

Tapi tahun ini, arahan mematuhi SOP yang ditetapkan MKN terus dilaksanakan dengan meletakkan kotak putih berselang setiap kerusi penonton.



2. Ramainya pakai baju hijau! Mungkin warna hijau bakal menjadi warna bertuah buat bintang GV8. Datuk Fazley, Ani Maiyuni, Shidee, hos Jihan Muse dan Nabil Ahmad serta ketiga-tiga juri, Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat juga menyarung busana berona hijau!



3. Energetik betul persembahan pembukaan Nikki Palikat. Dengan menyanyikan lagu Caramu, Nikki membawa sekumpulan pasukan corak dan memukau penonton di dalam dewan.

Momen epik bila mana Nikki menyambung nyanyian Hetty menerusi lagu Without You. Kata Hetty, suara Nikki persis diva Mariah Carey. Kau ada?



4. Satu dewan sebenarnya terkejut apabila Upiak menjerit dalam salah satu verse lagu popularnya Tak Tun Tuang. Betullah kata Datuk Syafinaz, bingit!

5. Ani Maiyuni beri gelek 360 darjah menerusi lagu Sedap. Sedap ah sedap ah sedap!



6. Berapi-api macam naga! Persembahan rock star Bandi Amuk menerusi lagu Akar dan Bumi membuatkan bulu mata Hetty tercabut. Epik!

7. Saiful Apek dan Yassin mengumumkan panggilan nama SAYA untuk kumpulan duo mereka sepanjang di pentas GV8.

8. Luculah Tok Ram ni bila puji tahi lalat Yassin macam Latifah Omar. Manis gitu!

9. Kalau Nikki diminta sambung nyanyi lagu Mariah Carey, Adibah Noor pula diminta Hetty sambung nyanyi lagu All I Ask (Adele). Tapi malangnya Adibah tak tahu lirik... Kata Hetty, Adibah ni suaranya macam Adele. Power!

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


10. Nico memang tak menyempat tau. Bila keluar jer lagu untuk minggu kedua, ketiga-tiga anggota kumpulan itu dah bergerak ke depan, Nabil dan Jihan tak sempat umum lagi lagu tu milik siapa. Not new kan, selalu jadi masa segmen Ada Lagu Ada Lagi. LOL

11. Masih seperti tahun lalu, tiada sidang media dan setiap bintang ditemubual sejurus selepas mereka tamat membuat persembahan. Jaga SOP gais!

12. Penonton disusun keluar dari dewan mengikut blok-blok bermula dari bahagian kanan bagi mematuhi penjarakan fizikal. Jangan menggelupur!



13. GV8 trending nombor satu di Twitter. Masih berbisa.

14. Oh ya! Ramai yang berspekulasi Jihan Muse kini sedang berbadan dua. Tapi ini jawapannya kepada Gempak!

BACA: Netizen Syak Jihan Ada Baby Dalam Perut, Ini Jawapan Tuan Badan - "Nak Buat Macam Mana PKP Ni..."

GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.

Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.