Konsert akhir #AF2015 yang berlangsung malam tadi (Ahad) telah pun berakhir dengan menyaksikan Sufi juara Akademi Fantasia pertama dari Singapura dan Syamel selaku naib juara.
Manakala pemenang tempat ketika pula jatuh kepada Bila dan diikuti tempat keempat iaitu Sharul.
Dengan tamatnya konsert akhir tersebut maka selesai sudah perjalanan mereka sebagai pelajar #AF2015 setelah pengetua Edry Abdul Halim mengumumkan penamatan sesi pembelajaran di akademi.
Pelbagai kisah menarik yang berlaku sepanjang konsert akhir #AF2015 berlangsung sama ada di depan mahupun belakang tabir.
Di sini Astro gempak ingin berkongsi kisah atau kejadian menarik yang mungkin penonton setia Akademi Fantasia terlepas pandang.
1. Kalau konsert minggu AF sebelum ini penuh, waktu konsert akhir berlangsung auditorium lebih ‘double’ padatnya dengan kehadiran peminat ingin menyaksikan finalis #AF2015 sehingga terpaksa beratur panjang untuk masuk ke dalam dewan.
2. Sebelum konsert bermula, kesemua krew dan juga team produksi #AF2015 mengambil kesempatan bergambar kenangan di atas dengan memakai baju berwarna hitam. Cool!
3. Baju yang dipakai oleh bekas pelajar #AF2014 Farez nampaknya tidak kena pada tempat apabila dia tampil dengan memakai baju kemeja hitam disertakan dengan coat berbulu.
4. Sebelum SADA Borneo dan Kumpulan Bunkface membuat persembahan pembukaan, dewan dipenuhi dengan ‘flashlight’ yang dinyalakan oleh penonton menerusi lampu telefon pintar masing-masing memeriahkan lagi suasana.
5. Disebabkan ‘crowd’ yang agak ramai membuatkan penghawa dingin di dalam auditorium tidak terasa menyebabkan ada sesetengah penonton dilihat mula mengeluarkan kertas dan mengipas diri sendiri.
6. Sewaktu Sharul menyampaikan lagu pertama berjudul ‘Just The Way You Are’ nyanyian asal Bruno Mars, belon –belon yang diikat telah dijatuhkan ke tempat duduk penonton.
7. Semasa iklan sedang berlangsung, ada orang terpijak belon sehingga meletop dan bunyi yang kuat itu menyebabkan sesetengah penonton melatah kerana terkejut.
8. Sebaik sahaja selesai persembahan istimewa Dato’ Sheila Majid dengan dua buah lagu iaitu ‘Sinaran Cinta’ dan ‘Pengemis Muda’, penyanyi cantik itu kemudiannya dengan ‘sweet’ membuat ‘flying kiss’ kepada suaminya yang merupakan salah seorang konduktor muzik #AF2015 iaitu Acis.
9. Lebih istimewa lagi, dua bekas pelajar sebagai wakil Akademi Fantasia musim pertama hingga #AF2014 hadir ke pentas membuat persembahan lagu keramat mereka iaitu Menuju Puncak. Antara yang hadir ialah Nana AF1, Khai AF1, Anding AF2, Farhan AF4, Dafi AF5, Nabila #AF2013, Aman dan Nina #AF2014.
10. Aman #AF2014 mengambil kesempatan untuk berselfie di atas pentas bersama alumni Akademi Fantasia.
11. Sewaktu pengumuman pemenang, sedikit salah faham berlaku apabila Syamel tiba-tiba mengangkat tangan dan tersenyum ketika hos #AF2015 Zizan Razak dan Faizal Ismail mengumumkan pemenang tempat keempat iaitu Sharul. Syamel menyangka bahawa nama yang disebut itu adalah namanya namun Sharul dengan pantas menarik Syamel dan memberitahu keadaan sebenar.
12. Sufi tidak dapat menahan air mata apabila namanya diumumkan sebagai juara #AF2015 dan menangis kegembiraan.
Teks oleh: Mya Amri
Ahmad Shah
Mon Oct 12 2015
Wani Kayrie Simpati Dengan Nasib Bella Astillah, Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Sepupu Sendiri
Dek kerana kemelut rumah tangga yang berpanjangan, isu hubungan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah telah meraih perhatian ramai pihak. Memberi pandangan berhubung permasalahan tersebut, penyanyi Wani Kayrie yang juga ahli keluarga kepada Bella Astillah hanya mampu meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku terhadap saudaranya
Ibu Zaki Yamani Terkejut Nama Dipetik Dalam Perbualan WhatsApp Viral - “Tak Pernah Berbual Langsung Hal Mereka”
Ibu Zaki harap tak dikaitkan dengan isu itu.
Tom Takut Disaman, Padam Perkongsian Mengenai Sarah Yasmine - “Mana Nak Cekau Nak Bagi Kat Awak 100K, 300K”
Tom padam perkongsian mengenai Sarah Yasmine.
Ruhainies Mohon Maaf Kepada Bella Astillah, Luah Hasrat Untuk Bertemu - “Saya Mahu Mengajak Sarah Yasmine Juga…”
Semoga dapat selesai dengan baik.
#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini
Istana Gyeongbokgung, istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1935 di Seoul, Korea Selatan, kembali dibuka untuk lawatan malam mulai 8 Mei hingga 2 Jun 2024.
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Netizen Korek Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari, Netizen: “Macam Mana Boleh Downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”
Alamak...
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.