Wabak COVID-19 di negara ini semakin meruncing apabila 13,215 kes baharu positif dilaporkan pada Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu sekaligus merekodkan angka tertinggi tiga hari berturut-turut.

Menurut beliau, angka tertinggi dilaporkan di Selangor dengan 6,120 kes diikuti Negeri Sembilan (1,603) dan Kuala Lumpur (1,499).

"Negeri yang turut merekodkan peningkatan kes ketara adalah Kedah (695), Johor (599), Pulau Pinang (509) dan Melaka (484).

"Sementara itu, Sabah (370), Sarawak (363), Perak (344), Kelantan (255) dan Pahang (222)," katanya.

Katanya, negeri dan wilayah yang melaporkan kes positif dua digit adalah Terengganu (70), Putrajaya (53), Labuan (26) dan Perlis (tiga).

"Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatifnya adalah 880,782 kes," katanya.

Di laman Twitter, wargamaya sudah terluah rasa kecewa apabila lima angka kes direkodkan selama tiga hari berturut-turut.

Mana otak orang yang tweet road to 20k ni eh? Those arent just numbers, those are real people. I know you're disappointed with the gov but please just stop saying that,” komen seorang wargamaya.

13,215. Seriously. Tak nampak pun cahaya dihujung terowong gelap ini,” kata seorang wargamaya.

I am tired. I lost my motivation. I am tiredddd. Frontliners are tired. Malaysians are tired. MENTERI PLEASE OPEN YOUR EYES AND SEE YOUR PEOPLES ARE SUFFERING!!!!!! THIS IS NOT JUST A NUMBER BUT PEOPLE WHO ARE LITERALLY DYING!!!” luah seorang wargamaya.

Nak tanya macam mana kes boleh naik ? Padahal rakyat duduk rumah je. Meroyan tak boleh keluar," ujar seorang wargamaya.

Semakin ramai yang di vaksin, semakin ramai lak yang +ve...adoiii....apakah ini??? Sampai bila nak duduk rumah, sume benda tergendala, hutang bertimbun, minda terkurung, rindu tak tertanggung,” tulis seorang wargamaya lagi.


Kredit foto: NST