Kes COVID di Malaysia hari ini menyaksikan pertambahan mendadak iaitu sebanyak 3,631 berbanding semalam sekitar 3,306 kes.

Menerusi sidang media dijalankan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham hari ini berkata, kes berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 165,371.

Menurutnya, kes kematian pula sebanyak 14 kematian direkodkan berbanding hanya empat semalam.

“Selangor terus mencatatkan jumlah tertinggi dengan 1,199 kes diikuti Sabah yang bertambah 536 kes hari ini,” katanya.

Tambah beliau, kes sembuh hari ini sebanyak 2,944 sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 125,288 kes.

Anda boleh lihat jumlah pecahan kes mengikut negeri di bawah.