Berita
COVID 19: Kes Positif Turun Kepada Tiga Angka, Selangor Masih Tertinggi
Sidang media mengenai perkembangan terkini Covid-19 oleh Tan Sri Dato' Seri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia sebentar tadi memberitahu bahawa kes positif baharu menurun kepada 851 kes.
Daripada 851 kes tersebut, 847 adalah kes tempatan dan 4 kes import. Kes sembuh baharu adalah 658 kes. Bagaimanapun, dukacita dimaklumkan terdapat dua kes kematian.
Daripada keseluruhan kluster di seluruh Malaysia, 186 kluster telah tamat hari ini.
Selangor masih menjadi negeri dengan kes tertinggi (249), diikuti oleh Sabah (229), Johor(102), Kuala Lumpur (85) dan Negeri Sembilan (62).
Dr Noor Hisham terus berpesan supaya setiap rakyat Malaysia supaya terus menjaga SOP dan tidak keluar rumah jika tidak perlu berbuat demikian.
Must-Watch Video