Laman Utama

COVID-19: 1,704 Kes Baharu, 11 Kematian Direkodkan

gempak
Mya Amri
03/01/2021
11:12 MYT
Sponsor Banner
COVID-19: 1,704 Kes Baharu, 11 Kematian Direkodkan
Sebanyak 1,704 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini dalam tempoh 24 jam lalu.
Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), daripada kes baharu itu, 1,699 adalah kes jangkitan dan selebihnya ialah kes import.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif berubah menghampiri 120,000 iaitu 119,077. Bagaimanapun, dukacita dimaklumkan sejumlah 11 lagi kematian baharu direkodkan dalam negara akibat COVID-19 pada Ahad sekaligus menjadikan jumlah korban akibat wabak berkenaan adalah 494 bersamaan 0.4 peratus.
Dalam pada itu, kes sembuh baharu dilaporkan lebih tinggi berbanding kes baharu yang disahkan iaitu sebanyak 2,726 dan menjadikan jumlah kes sembuh kini 97,218.
Sekali gus, menjadikan jumlah kes aktif menurun kepada 21,365 berbanding 22,398 pada Sabtu dengan 124 adalah kes unit rawatan rapi termasuk 51 yang memerlukan bantuan alat pernafasan.
Sumber / Foto: Astro Awani / Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024