Skip to main content

Viral

COVID-19: 5,413 Kes Baharu, 53 Kematian Direkodkan

covid_1.jpg

Malaysia mencatatkan 5,413 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menyaksikan peningkatan berbanding semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,556,865 kes.

Advertisement

Sementara itu, data COVIDNOW merekodkan pertambahan 53 lagi kes kematian dengan angka kumulatif ialah sebanyak 29,729 individu.

Jumlah itu juga termasuk 11 kes 'brought in dead' (BID) atau kes kematian di luar hospital.

Semalam, negara mencatatkan sebanyak 5,143 kes jangkitan baharu COVID-19.

Jangan leka, orang ramai juga dinasihatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama ketika berada di tempat awam.

Selain itu, amalkan juga pelbagai langkah kebersihan yang boleh mencegah penularan wabak berbahaya itu.

Foto dan Sumber: Astro AWANI

Must-Watch Video