Laman Utama

COVID-19: Ahh Risau! Kes Positif Catat Rekod Baharu 31,199, 305 Di ICU

gempak
Amri Hassan
24/02/2022
02:36 MYT
Sponsor Banner
COVID-19: Ahh Risau! Kes Positif Catat Rekod Baharu 31,199, 305 Di ICU
Malaysia merekodkan jangkitan kes Covid-19 tertinggi sejak pandemik melanda negara dengan 31,199 kes baharu pada Rabu.
Berdasarkan data CovidNow, jumlah itu termasuk 119 kes import.
Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 adalah 3,305,157.
Kes aktif turut merekodkan pertambahan sebanyak 10,745 kes menjadikan jumlah keseluruhannya, 277,829.
Seramai 305 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 191 kes memerlukan bantuan mesin ventilator.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut merekodkan 20,399 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhannya, 2,994,840 kes.
Sumber: Sinar Harian Foto: FTM
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live