,
Laman Utama

COVID-19: Calitan Di Dubur Didakwa Lebih Tepat

Zulaikha Yusof
28/01/2021
02:55 MYT
China memulakan ujian calitan di dubur untuk menguji mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi, lapor stesen televisyen negeri.
Doktor mengatakan bahawa prosedur itu lebih berkesan untuk mengesan virus berkenaan.
Pegawai kesihatan melakukan ujian calitan dubur dalam kalangan penduduk di kawasan yang disahkan mencatatkan kes jangkitan Covid-19 di Beijing sejak minggu lalu.
Malah, mereka yang berada di fasiliti kuarantin juga perlu melakukan ujian berkenaan.
Kes jangkitan tempatan dilaporkan sejak beberapa minggu lalu di banyak bandar di utara China menyebabkan kempen pengesanan besar-besaran dilaksanakan, yang sehingga kini masih menggunakan kaedah pengambilan sampel pada bahagian tekak dan hidung.
Namun, teknik calitan di dubur 'didakwa boleh meningkatkan kadar pengesanan dalam kalangan mereka yang dijangkiti' kerana virus berkenaan bertahan lebih lama di dubur berbanding saluran pernafasan, kata Li Tongzeng, doktor kanan di Hospital You'an Beijing kepada CCTV.
Namun, CCTV melaporkan, ujian calitan itu tidak akan dilaksanakan secara meluas kerana ia dianggap sebagai 'tidak selesa'.
Sumber & Foto: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nyanyian Perfect, Peminat Tak Percaya Shila Amzah Cuak! - "Jumpa Final Sajalah Kalau Macam Ni"

gempak
16/09/2024
00:50 MYT
Menerusi video yang dikongsikan penyanyi tersebut,rata-rata peminat memuji nyanyian bersahaja Shila yang mendendangkan lagu To Love You More nyanyian asal Celine Dion.
Hollywood

Mariah Carey Memang Diva, Panjat Tembok Besar China Pakai Kasut Tinggi 5 Inci

gempak
15/09/2024
12:29 MYT
Great Wall of China atau Tembok Besar China menjadi destinasi pelancongan yang cukup ikonik untuk dilawati.
Hiburan

Kembali Gegarkan China, Shila Amzah Terpaksa Berjauhan Dengan Anak-Anak – “Akhirnya Saya Buat Ini Untuk Keluarga Saya..."

gempak
13/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Shila Amzah mengakui terpaksa berkorban masa dengan keluarga apabila kembali menyertai sebuah pertandingan realiti nyanyian di China iaitu 'Singing With Legends' musim keenam.
Viral

Cari Duit Lebih, Lelaki Menyamar Doktor 20 Tahun Ditangkap

gempak
09/09/2024
15:55 MYT
Seorang lelaki berjaya menyamar selama 20 tahun sebagai seorang doktor hanya dengan pengetahuan yang diperoleh sebagai pemegang ijazah dan sewaktu melakukan latihan perubatan semasa bergelar tentera laut.
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.