Laman Utama

COVID-19: Dah Makin Naik, 6,380 Kes Baharu Dilaporkan

gempak
Awani
18/11/2021
09:53 MYT
Sponsor Banner
COVID-19: Dah Makin Naik, 6,380 Kes Baharu Dilaporkan
Membimbangkan! Jumlah kes baharu COVID-19 meningkat lagi dengan 6,380 hari ini berbanding 6,288 semalam.
Angka itu yang terus meningkat menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik kini sebanyak 2,569,533 kes.
Mengenai kes kematian, setakat semalam data COVIDNOW menunjukkan pertambahan sebanyak 68 kes termasuk 12 kes BID.
Ini menjadikan angka kumulatif bagi kes kematian adalah sebanyak 29,837.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman web http://covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemaskini selepas tengah malam.
Jangan leka, orang ramai juga dinasihatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama ketika berada di tempat awam.
Selain itu, amalkan juga pelbagai langkah kebersihan yang boleh mencegah penularan wabak berbahaya itu.
Foto dan Sumber: Astro AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live