Laman Utama
COVID-19: Dua Dos Vaksin Sudah Selamat? Belum Tentu! Masih Boleh Dijangkiti, Ini Keterangan Dr Noor Hisham...
Seramai 40 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 setelah melengkapkan dos vaksinasi mereka.
Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 31 kes yang dilaporkan dijangkiti kurang dua minggu selepas mendapat dos kedua vaksin COVID-19.
Manakala sembilan kes selebihnya dijangkiti selepas dua minggu melengkapkan dua dos suntikan vaksin.
Dalam entri terbaharu Dr Noor Hisham di laman Facebooknya, beliau turut memaklumkan seramai 142 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 selepas menerima dos pertama vaksin.
Namun kesemua mereka yang dijangkiti tidak mempunyai simptom yang teruk.
Jelas beliau, ia jelas menunjukkan bahawa walaupun selepas melengkapkan dua dos suntikan vaksin, seseorang individu itu boleh dijangkiti COVID-19.
Tiada seorang pun akan selamat selagi virus ini wujud dalam komuniti.
Justeru, beliau menegaskan agar semua individu dapat meneruskan kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
Although vaccine gives a glimmer of hope to fight against Covid-19, make no mistake that we can relax all the public...Posted by Noor Hisham Abdullah on Friday, April 16, 2021
Must-Watch Video