Laman Utama
COVID-19: Jangkitan Baharu Menurun.. Malaysia Catat 1,280, Selangor Masih Kekal Juara Dengan 464 Kes
Sejumlah 1,280 kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan negeri Selangor terus mencatatkan kes tertinggi dengan 464 kes baharu.
Sementara itu, negeri-negeri lain yang turut mencatatkan tiga digit kes COVID-19 hari ini adalah Johor (165), Sarawak (163), Pulau Pinang (143) dan Kuala Lumpur (119).
Negeri yang mencatatkan kes bawah 20 adalah Kelantan (16), Putrajaya (3), Pahang (2) dan Perlis (1).
Negeri Melaka dan Labuan pula tidak mencatat sebarang kes baharu.
Dalam pada itu, KKM melaporkan terdapat sembilan kes kematian baharu menjadikan kumulatif kematian adalah 1,186 kes.
KKM turut memaklumkan jumlah kes sembuh hari ini adalah 2,345. Ia menjadikan kumulatif kes sembuh adalah 296,379.
Jadi, kepada anda semua, jom sama-sama kita putuskan rantaian Covid-19.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', duduk di rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video