Laman Utama
COVID-19: Kes Baru Menurun Berbanding Semalam, Sarawak Masih Tertinggi
Kes baru COVID-19 mencatatkan penurunan berbanding semalam dengan jumlah 13,899 dilaporkan dalam tempoh 24 jam.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah itu menjadikan kes kumulatif di Malaysia mencecah 2,185,131 kes setakat ini.
Seperti semalam, Sarawak masih mencatatkan kes tertinggi dengan 2,712 diikuti Selangor (2,341), Johor (1,377), Kelantan (1,170) dan Perak (1,128).
Berikut adalah perincian kes setiap negeri seperti yang dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham menerusi akaun Twitter beliau.
Sehingga 25 September 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 13,899 kes (2,185,131 kes)Pecahan setiap negeri (Kumulatif):Selangor - 2,341 (670,592)Sarawak - 2,712 (196,146)Sabah - 962 (193,186)Johor - 1,377 (189,315)WPKL - 310 (184,832)Kedah - 708 (130,950)— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 25, 2021
Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard dan mengamalkan semua langkah yang boleh mencegah penularan wabak berbahaya ini.Pulau Pinang - 1,060 (125,940)Kelantan - 1,170 (109,674)Perak - 1,128 (97,960)Negeri Sembilan - 194 (96,579)Pahang - 779 (61,337)Melaka - 339 (56,765)Terengganu - 760 (52,302)WP Labuan - 5 (9,950)WP Putrajaya - 37 (6,037)Perlis - 17 (3,566)— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 25, 2021
Foto: BERNAMA
Must-Watch Video