Laman Utama
COVID-19: Selepas Lebih Sebulan PKP, Malaysia Catat Kes Sembuh Tertinggi
Selepas lebih sebulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua dilaksanakan, Malaysia mencatatkan jumlah kes sembuh tertinggi pada hari ini, 14 Februari dengan sebanyak 4,525 kes.
Ia menjadikan jumlah sembuh secara keseluruhan sebanyak 213,814 kes.
Sementara itu, sebanyak 2,464 kes baharu COVID-19 direkodkan pada Ahad menjadikan keseluruhan kes ni negara ini sebanyak 264,269 kes.
Daripada jumlah kes baharu hari ini, sebanyak tiga kes import dilaporkan yang menerima jangkitan daripada luar negara manakala selebihnya merupakan jangkitan kes tempatan.
Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 49,490 kes.
KKM dengan dukacitanya turut memaklumkan pertambahan sebanyak 7 kes kematian baharu yang menjadikan keseluruhan kes kematian kini sebanyak 965 kes.
Setakat ini, sebanyak 260 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 111 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Must-Watch Video