Skip to main content

Viral

COVID-19: Tahun 2020 Ditutup Dengan Catatan Kes Baharu Tertinggi Melebihi Angka 2,500

covid-19-malaysia-angka-tertinggi.jpg
Tahun 2020 ditutup dengan catatan kes baharu tertinggi sepanjang tahun ini dengan 2,525 jangkitan COVID-19.
 
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan perkara itu sewaktu sidang media laporan harian COVID-19 yang berlangsung hari ini.
 
Dengan pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 113,010 kes.

Status Terkini #COVID19, 31 Dis 2020 Kes sembuh=1,481 Jumlah kes sembuh=88,941 kes Kes baharu positif=2,525 kes...

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Thursday, 31 December 2020
 
Dalam pada itu, sebanyak 1,481 kes sembuh baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 88,941 kes.
 
Bagaimanapun dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan lapan kes kematian COVID-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di negara ini adalah 471 kes.
 
Sehingga kini, terdapat 131 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 60 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sekadar Info: Sepanjang 2020 Malaysia pernah merekodkan kes sifar. Bagaimanapun pada Disember 2020 menyaksikan kes empat angka tidak turun sehingga hujung tahun.
 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement