Laman Utama

Cuba Bunuh Diri, Kecanduan Dadah, T.O.P Big Bang: “Saya Dilahirkan Untuk Hidup Sedih”

gempak
Gempak
11/03/2022
05:25 MYT
Sponsor Banner
Cuba Bunuh Diri, Kecanduan Dadah, T.O.P Big Bang: “Saya Dilahirkan Untuk Hidup Sedih”
Salah seorang anggota kumpulan legenda Korea Selatan, BigBang, T.O.P, mencuri perhatian penggemar dan peminat muzik dunia apabila buat pertama kali mendedahkan sisi hitam dalam kehidupannya.
Muncul dalam temubual bersama Prestige Online, T.O.P yang membuat kejutan apabila mengumumkan keluar dari YG Entertainment pada Februari lalu berkongsi bahawa dirinya telah mengalami masalah kesihatan mental yang teruk.
Menurut bintang tersebut, dia sedar telah mengalami masalah kesihatan mental iaitu depresi atau kemurungan sejak kecil. Namun, seni adalah perkara yang telah menyelamatkan kehidupannya dari terus terpuruk.
“Saya telah mengalami kemurungan sejak kecil. Satu satunya perkara yang membuat hidup saya selamat adalah seni.
“Saya suka melihat benda cantik dan menghargai seni dan itu membuat saya rileks serta lega,” akui T.O.P seperti dilaporkan Koreaboo.
Tambahnya lagi: “Saya dilahirkan untuk hidup sedih. Saya lebih sensitif daripada kanak kanak lain sejak kecil. Oleh yang demikian, untuk mengelakkan terus depresi saya memberi tumpuan terhadap minat dalam bidang seni.”
T.O.P atau nama sebenarnya, Choi Seung Hyun secara terbuka mendedahkan hidupnya kelam selepas dirinya ditangkap dengan penyalah gunaan dadah jenis marijuana pada tahun 2017 silam.
Menyifatkan insiden tersebut sebagai perkara terburuk dalam kehidupannya, apalagi ia memberi imej buruk terhadap Bigbang yang cukup berpengaruh, T.O.P mengatakan tahap kesihatan mentalnya memburuk sehingga dia ingin untuk mengakhiri hidupnya dengan melakukan percubaan bunuh diri.
“Ini adalah pertama kali saya bercakap secara terbuka kepada publik. Saya pernah membuat percubaan bunuh diri lima tahun lalu. Saya telah memberikan banyak duka dan luka kepada orang sekeliling saya iaitu keluarga dan peminat,” akuinya.
Dalam masa bersamaan, T.O.P mengatakan ia pernah mahu meninggalkan dunia seni, namun kecintaannya terhadap seni telah membantu dia kembali bangkit sekaligus menjadi motivasi untuk terus berjuang.
“Sejujurnya saya sempat mahu meninggalkan industri seni tapi sepanjang bergelut dengan kesepian saya telah mendapat motivasi untuk bangkit.
“Saya telah menulis lebih 100 buah lagu sejak lima tahun lalu. Inilah motivasi saya untuk kekal bekerja dan menumbuhkan semangat saya.
“Kini saya sudah 34 tahun. Saya sedar ada banyak perkara yang perlu saya bayar dan saya kini berasa seperti dilahirkan semula,” kata T.O.P.
Untuk rekod, syarikat rakaman YG Entertainment belum lama ini mengumumkan Bigbang akan membuat comeback.

KREDIT FOTO: Prestige

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live