,
Laman Utama

“Cuba Nak Support Tapi Tak Ada Pembaharuan, Semua Menyedihkan” - Shakila Khoriri Kecewa, Netizen Setuju Zoo Negara Sendu!

Mya Amri
12/12/2022
02:24 MYT
Pelakon, Shakila Khoriri meluahkan rasa kecewanya selepas berkunjung ke tempat rekriasi iaitu Zoo Negara baru-baru ini.
Menurut Shakila, tempat rekriasi itu sangat mengecewakan selain tidak mempunyai pembaharuan di tahap yang boleh dibanggakan.
“Banyak yang suruh datang and support Zoo Negara tapi how lah nak promote and ajak ramai-ramai datang. HOWWWWWW ???
“Dia ibarat kau ajak orang datang rumah ramai-ramai tapi takde hidangan makan minum. Hanya datang. Tak boleh!
“Cuba lah nak share and support tapi end up hati kecil aku agak kecewa dengan tiada pembaharuan yang dibuat.
“Keadaan semua sangat menyedihkan. Cuba positive dan cari apa yang lain untuk aku bualkan pada anak-anak tapi takde. Ohhhh… ada panda je lah,” luahnya.
Menerusi hantaran yang sama, Shakila juga mencadangkan pihak pengurusan Zoo Negara seharusnya sudah mula melakukan perbincangan bagi menaik taraf tempat rekriasi berkenaan.
“Saya rasa pihak pengurusan zoo negara dah boleh sit down and do something instead of ajak orang datang ramai-ramai tanpa ada apa yang mengairahkan disitu. Kesian parents. Kesian anak-anak…
“Maafkan saya tapi siapa yang pernah datang dulu dan kini akan faham apa maksud saya. Sekian,” coretnya.
Dalam pada itu, di ruangan komen hantaran berkenaan rata-rata pengikutnya bersetuju dengan Shakila selepas melalui pengalaman yang sama.
“Ya benar, dari zaman kecil sampailah beranak empat macam itu je Zoo Negara, tak ada perubahan. Binatang pun dah tua-tua, harimau pun dah tak mampu mengaum lagi. Jadi tak payah pergi pun tak apalah,” luah seorang pengikut.
“Tapi memang betul! Itu hari saya pergi, hampir gila! Dah lah datang dari Melaka semata-mata nak bawa anak pergi Zoo, end up kecewa sangat. Makanan untuk our parents pun tak ada, mana penjualnya pergi. Haiwannya kurang, baik lepak rumah je,” coret seorang lagi pengikut.
“Betul setuju! Tolonglah ada pembaharuan, kesian anak-anak, excited nak datang tapi hambar,” komen seorang lagi pengikut.
Jangan lupa, undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Suami Gubahkan Lirik Lagu Buat Kieda Crepe - "Masya-Allah, Buatkan Saya Menangis"

gempak
18/11/2024
12:55 MYT
Usahawan Kieda Crepe kembali menjadi tumpuan warganet apabila suaminya, Amy, menghadiahkan sebuah lagu khas untuk isterinya dengan lirik yang diubah bagi menyuntik semangat.
Hiburan

Kongsi Video BTS Fitting Busana Bentuk Hati, Gelagat Aina Abdul Buat Netizen Terhibur - “Punya Lah Berat Benda Tu…”

gempak
17/11/2024
03:55 MYT
Perkongsian video penyanyi Aina Abdul yang memaparkan momen di sebalik tabir pembikinan busana berbentuk hati yang digayakan sewaktu Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-39 berjaya meraih perhatian netizen.
Terkini

Netizen Kagum Budak Usia Tiga Tahun Sertai Pertandingan Tarian - “Mesti Dari Dalam Kandungan Dah Diajak…”

gempak
16/11/2024
15:55 MYT
Seorang kanak-kanak berjaya menarik perhatian netizen dengan kelincahan gerak tarinya semasa menyertai satu pertandingan tarian.
Hiburan

Kongsi Video Duet Bersama Rezza Shah, Netizen Komen Nyayian Sherry Ibrahim -  “Lebih Kurang Je Yang Viral Tu. Sekian. Jujur”

gempak
16/11/2024
09:55 MYT
Video nyanyian pelakon, Sherry Ibrahim bersama penyanyi, Rezza Shah di yang dikongsikan di Instagram berjaya meraih perhatian ramai.
Hiburan

Dipuji Miliki Suara Unik & Klasik, Tapi Ada Juga Netizen Kritik Persembahan Aisyah Aziz – “Nampak Struggle…”

gempak
15/11/2024
14:50 MYT
Kemunculan penyanyi Aisyah Aziz di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik ke 39 (SFMM39) malam tadi mencuri perhatian ramai.
Unitar