Chef, hos dan usahawan restoran, Gordon Ramsay telah mencuba sup torpedo atau lebih dikenali sebagai sup 'telur lembu jantan' ketika lawatannya ke Malaysia.

Berkesempatan mencuba sup torpedo tersebut di Restoran Sup Al-Deen di Kampung Baru, Kuala Lumpur, apa kata chef terkemuka dunia itu?



Sambil menghirup kuah sup dan menikmati beberapa keping isi, dia menjelaskan sup tersebut enak namun sedikit pedas. Rasa isinya lebih kurang sup ekor, namun dengan ‘tulang lembut’ di dalam.

“Ia juga kenyal dan berotot. Sekarang saya menyilangkan kaki kerana terasa ngilu”, jelasnya berjenaka.



Gordon Ramsay merupakan seorang chef yang cukup terkenal kerana kelantangannya. Dia cukup dikenali menerusi rancangan realiti Hell’s Kitchen, Masterchef US dan Masterchef Junior US.



Video lawatannya ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sekitar tahun 2009 itu dirakamkan untuk siri Gordon’s Great Escape dan baru sahaja dimuat naik kembali ke laman YouTubenya.