Laman Utama
Cucu Lelaki Penyanyi Wanita Era 70-an Didakwa Cabul Sepupu
Seorang remaja lelaki yang juga cucu seorang penyanyi wanita era 70- an didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Khamis atas pertuduhan mencabul kehormatan sepupu perempuannya berusia 17 tahun Oktober lalu.
BERITA TRENDING: Ustaz Budak Dipenjara 13 Bulan Lakukan Kelucahan Melampau & Cabul Lelaki
Bagaimanpun tertuduh yang juga berusia 17 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Farah Azura Mohd. Saad.Semasa prosiding hari ini, pendakwaan terhadap tertuduh dijalankan secara tertutup memandangkan tertuduh merupakan pesalah kanak-kanak bawah umur.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang juga sepupu perempuannya bagi tujuan seksual di sebuah kediaman di Jalan Gasing di sini pukul 3 pagi pada 15 Oktober lalu (2023).
Berikutan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang bawah dihukum bawah seksyen 14 Akta yang sama.
Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Februari tahun depan sebagai sebutan semula kes.
PILIHAN PEMBACA: “Cium Tangan Saya Dua Kali, Bukan Cium Biasa!”- Ara Johari Trauma Ditarik Lelaki, Sempat Pukul…
Semasa prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Khairun Nisa Noor Harun manakala peguam Datuk Suraj Singh mewakili tertuduh. – KOSMO! ONLINEMust-Watch Video