"Satay tu makanan warisan. Tak payah lah rosakkan," itulah luahan seorang individu berkaitan satu hantaran tular berkaitan makanan traditional yang digabungkan dengan keju leleh.

Menerusi perkongsian di Platform X, satu akaun cuba mempromosikan sebuah kedai yang menjual menu khas satay cheese leleh bertempat di Fairpark, Ipoh.

BERITA TRENDING: Canggih Atau Menyusahkan? Masuk Toilet Kena Bayar RM1.20, Tapi Hanya Boleh Guna PayWave!

Bagaimanapun, entri itu meraih reaksi negatif netizen di mana rata-ratanya menyifatkan sajian tersebut sebagai inovasi 'bodoh' dan merosakkan makanan traditional.

Antara komen yang diterima:

"Cheese je korang duduk melantak! Semua nak di cheese kan, bangang punya inovasi,"

"Cukup-cukup lah, tolong. Makanan orang putih komersial yang tiada soul kita tak patut campur dengan makanan tempatan yang lagi sedap,"

"Makanan warisan pun nak letak cheese. Otak mana otak!"

Dalam pada itu, ada juga segelintir merasakan menu khas itu sebagai sesuatu yang menyelerakan.

"Sedapnya, padu!"

"Sedap, rasa berlemak macam tu, kena dengan kuah kacang."

Setakat artikel ini ditulis, hantaran itu meraih hampir 300,000 ribu tontonan di Platform X.

Sumber: Platform X