Curi Duit Nenek, Lelaki Tergamak Belasah & Bakar Tangan Anak Saudara Sebagai Pengajaran
Baru-baru ini tular satu video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan telah didera oleh seorang lelaki.
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada wargamaya yang rata-ratanya mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan lelaki itu.
Pukul, bakar tangan mangsa
Menerusi video yang tular di media sosial, meskipun mangsa menjerit kesakitan namun lelaki itu tidak mengendahkan malah berterusan memukul mangsa.
Lebih kejam apabila suspek tergamak menendang dan memijak tubuh kecil mangsa selain cuba membakar mangsa.
Memetik laporan Pikiran Rakyat, mangsa yang berusia 10 tahun itu merupakan anak yatim dan suspek, 44, adalah bapa saudara mangsa.
Menurut pihak polis, motif kekerasan tersebut adalah disebabkan kemarahan pelaku setelah mengetahui bahwa mangsa dipercayai mengambil wang milik neneknya.
BERITA TRENDING: Gadis 18 Tahun Ditemui Mati Tanpa Seurat Benang, Tangan Diikat Dengan Coli
BERITA TRENDING: Nina Ismail Sabri Bakal Nikah Dalam Masa Terdekat? -
BERITA TRENDING: Netizen Bengang Jenama Fesyen Terkenal Bekerjasama Dengan Aliff
BERITA TRENDING: Nora Ariffin Akui Dipaksa Bercerai, Tepis Dakwaan Bekas Suami Diugut! -
Malah, difahamkan perkara tersebut sudah berulang beberapa kali.
Susulan daripada itu, mangsa berjaya diselamatkan dan mendapat rawatan susulan.
Manakala, suspek telah ditahan untuk tindakan lanjut.
Sumber: Pikiran Rakyat